BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 7, 2010

Rombongan cari baju raya..

Jumaat lepas kitaowang terjah ke kuantan lagi. Tapi kali ni bukan bertiga tau tapi berempat..!siapa sorang lagi tuu?owwh..budak tu..budak tu la..kawan my hby la ikut. papa mintak member dia temankan. aku tak kisah pun. tapi nak jadi cerita aritu aku punyer la tak larat. demam punyer pasal la ni. balik dari majlis berbuka puasa di kediaman PDRM aku terus rasa lemah2, tak larat dan malam tu tido menggigil2 kesejukan. tapi gagah jugek pegi. kalo tak pegi masa tu mayb da tak der masa la kan...

kitaorang gerak kul sebelas pagi. gi amik member dia dulu kat umah baru la menuju ke kuantan. sampai sana da masuk solat jumaat da..dorang berdua tak sempat da nak solat jumaat..tak per la nanti cari surau dalam soping komplek tu ..mula2 kitaorang terjah kamdar. niat nak cari baju melayu papa tapi pusing2 dekat sejam kat dalam tu tak der yang menarik pun. terus tuju megamall lak tapi aku tengok langsung tak der suasana raya..macam tak best jek!! da la banyak kedai lot tutup. so, ajak papa terus gi East Cost Mall (ECM) lak..

kat parking kete mega mall
byk tol lot kedai yg tutup..x besh la..kat mega mall la ni
aku bersweater..sejukk tak hengat k
after soping..mmg xlarat giler time ni.
memandangkan aku demam dan ianya semakin menjadi2, so kitaowang just carik brg2 yang memang dalam list je la. da tak larat da nak window ke aper ke. najwa plak asyik meragam jerk. lagi pun dia memang tak berapa sihat lagi sebenarnya. so ke kuantan itu hari adalah memenuhi matlamat la..

apa yang dicari spt henbeg, high hill, baju melayu dan barang tambahan najwa adalah TERCAPAI. macam high hill tu aku bekenan jenama carlo rino je. rego rm 78 (xder less). tu pun beberapa kali ngetes da. henbeg plak beli yang murah2 jek jenama rucini rege rm 122 (after less). ok la tu daripada aku beli yang beratus2. mau menabung dulu kalo nak dapat yang rege nyer mengancam..bukan kedekut tapi sayang duitt..haha.boleh gtu?? baju melayu papa lak rm 168 (ni pun xder less). niat nak cari

so, aktiviti mengsoping aritu berjaya disudahkan tepat jam 5pm..badan da rasa lemah2 ni. da tak larat giler da.papa sajes kitaowang berbuka di area beserah je la. so, kul 5.30 pm kami gerak nak balik da. restoren tu on da way nk ke kemaman. so, senang la kan terus berbuka kat situ. papa singgah dulu kat restoren tu (tak hengat nama per ek?) untuk booking meja n order lauk pauk terus. lepas tu kami gi ke masjid untuk solat asar dulu..

lepas berbuka bagai kami gerak semula ke kemaman. dalam sejam sampai la umah dan tiba2 demam terus jadi semakin serius. papa sempat usik lagi 'mummy time soping segar jerk, bila da abis soping terus jadi macam bateri yang tak dicas.' haa korang amik muka haku..kena perli jek. haha..lantak la..apa yang penting separuh misi raya ni da terlaksana da..hikhikhik..

0 SUDI TAK?:

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers