BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 24, 2010

Abah oh Abah..

Malam ni kesepian melanda..owh..sedih bercampur keliru.! nak taw kerana apa?kerana...
...

....kerana....

....

UMI & ABAH da balik kampung laa..uwaa..uwaa..aku sedih la. sebab bila balik keje jer rini umah sunyi dan sepi..nasib baik hby balik keje awal..balik sama-sama..tak terasa sangat kesunyian tuu..biasa nya umah akan riuh rendah dengan suara najwa dan atuk nyer yang suka bergurau senda ngan cucu kesayangan..yang suka melayan keletah najwa yang semakin lincah.

Malam tadi umi & abah naik bas Transnasional jam 12.10 malam..eh..kira pagi la kan. hanya hby yang hantar coz najwa da tido dan tak sampai ati nak angkut dia sama-sama. dan pagi tadi jugak hantar najwa semula ke taska setelah 2 minggu dia bersuka ria bersama-sama atuknya di rumah..kalo nak ikutkan aku tak nak bagi lagi umi & abah balik tapi memandangkan nak raya haji ni, abah nak balik tempah lembu katanya..niat di hati nak akikah kan si najwa ni..

tambah-tambah lagi kata abah kalo duk lama kat sini dia jadi patah kaki..sebab tak leh keluar merendeq..eh..eh..round-round amik angin la..hehe..bila kat kampung pagi-pagi lepas subuh dia boleh pegi minum tea 'o' kat warung walaupun air tea 'o' yang umi buat tiada tandingannya..da nama nyer orang laki..nak ke kedai jugak..

petang-petang dia boleh jumpa kawan-kawan berborak dan bentangkan bajet 2011 ke..bincangkan isu-isu semasa ke..ahakss..kalah pak menteri.!atau jugak excercise kayuh basikal 'jepun' dia tu..itu la rutin abah ku bila di kampung.



hepi bila anak-anak balik
 mesti korang tertanya-tanya..'eh tak keje ke abah dia tu?'haa..sebelum korang tanya aku jawab dulu la..abahku ini dilahirkan pada tahun 1938 (ikut pada IC)..makna nyer dia da 72 tahun sekarang..da cukup tua untuk bekerja..tapi alhamdulillah Allah masih mengurniakan abahku kudrat yang cukup utuh untuk ke sana sini..masih cukup gagah untuk memandu kereta dan masih kuat ingatannya terhadap kami anak cucu ni..cuma matanya da kurang power..
abah bersama si bongsu
cukup la selama ini dia bekerja untuk menyara kami adik beradik..tak terbalas rasa nyer..dan sekarang kami adik-beradik berpakat tak nak bagi da abah bekerja..kami memberi kebebasan kepada abah untuk menikmati zaman tua nya sebaik mungkin..cukuplah dengan apa yang ada..apa yang termampu kami berikan padanya..

 Abah oh abah..semoga Allah limpahkan rezeki buat Abah sentiasa..semoga Allah bukakan pintu hati kami anak-anak abah supaya sentiasa taat pada abah..supaya ingatan kami pada abah sentiasa mekar subur hingga ke akhir usia kami..dan supaya kami TIDAK LUPA pada tangan abah yang membesarkan kami sehingga kami berjaya dengan kehidupan kami sekarang..AMIN

0 SUDI TAK?:

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers