Salam..korang sumer mesti tertunggu-tunggu kan PM kita umumkan Bajet 2011..aku pun sama gak walaupun sebenarnya tak berapa tunggu..yang aku duk tunggu-tunggu adalah bonus bagi penjawat awam. haha..poyo jer aku ni. so tadi siaran langsung di kaca tv dari jam 3.30 pm hingga jam 6 pm..(ye kot). tapi aku da miss separuh jalan..huhu..tengok jam da pukul 5 pm. jadinyer banyak la info yang ketinggalan..
tapi tak per sekurang-kurangnya melekat gak la kat kepala otak ni. antara bajet 2011 yang dibentangkan ialah:
- gaji pokok minimum bagi pengawal keselamatan dari RM 300-RM 400 telah dinaikkan kepada RM 500- RM 700 mengikut kawasan dan akan berkuatkuasa pada Jan 2011
- kerajaan memberi kelonggaran kepada pekerja wanita bagi menentukan sendiri cuti bersalin bergaji penuh dari 60 hari ke 90 hari bergantung kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
- elaun imam dinaikkan kepada RM 750 dari RM 450 pada masa kini dan juga menaikkan imbuhan guru KAFA dari RM 500 ke RM 800 mulai jan 2011
- pemberian bonus RM 500 kepada penjawat awam (gred 54 ke bawah) bagi meringankan beban sebagai persediaan membeli peralatan sekolah yang akan dibayar Dis 2010. Ia juga layak bagi pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
- menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum dari RM 360K ke RM 450K
- kadar tol bagi 4 lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun berkuatkuasa serta merta.
satu lagi yang penting ialah, Tema 'Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi'. 4 strategi yang diterapkan ialah:
- Membangunkan modal insan
- Mensejahterakan hidup rakyat
- Mendaya kembali pelaburan swasta
- Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.
2 SUDI TAK?:
bajet tahun ne ade yg best ade yg x.. tp even x ske skali pun, apa leh buat?terima jela.heee
ye la cik darkbatman...trima la seada nyer..siapa la kita! huhu
Post a Comment