BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 9, 2010

cerita lama..PART 1

kali ni n3 aku pasal ceriter lama..cerita dulu2..apa ek?tiba-tiba datang idea sengal nak cerita pasal aku dan my hby. kira ni episod cintan-cintun la. tapi ni cerpen pendek jer taw bukannya novel yang mengambil masa berkurun-kurun nak siap.haha..

aku mengenali si suami ni pada bulan dis 2007 sewaktu aku dalam kursus asas kepolisan. kursus yang mengambil masa 6 bulan untuk ditamatkan sebelum menjadi pejuang negara..haha.poyo giler! ceritanya bermula;
suatu ari di hujung minggu, member aku nama dia zie tiba-tiba jer cadang kat aku satu idea bagaimana nak dapat jodoh. mayb time tu dia tengok aku bila hujung minggu jer melangut, kacau2 orang..da tak der keje nak wat kan. ye la hujung minggu kami diberi kebenaran menggunakan telefon bimbit oleh pegawai kompeni kami..

so, dia tak mau aku kacau dia sembang2 nga boyprend dia, maka dia sajes la kat aku satu 'forum' mencari jodoh. tapi ni dalam fon taw. so aku pun setuju jer la. cara2 dia aku tak ingat da. sikit2 jer la ingat..huh,belit2 plak..kita taip dalam fon tu nak range umur berapa. so,aku letak la 30an-40an. matang skit..eceh..pastu tu nak la kulit hitam manis, baru faveret..lepas je mendaftar menderu2 masuk mesej dari lelaki2 yang nak berkenalan. yang kelakar nyer macam2 jenis ada..yang kerek, yang kalut, yang tergopoh-gapah, yang tua, muda..alahai jenuh nak layan. ada gak yang cakap tak senonoh tapi awal2 lagi gua da rejek..

semua yang nak berkenalan tu aku layan sebagai kawan. tak lebih dari itu. bukan senang nak cari yang betul2 sesuai ngan jiwa kita nih. sampai la satu ari aku terima salam perkenalan dari sorang mamat ni..very da soft spoken orangnyer. tapi ye la dalam fon ni ramai manusi jenis kontrol jerk, berlakon angel gitu. sama gak macam yang lain2 tu, aku layan samarata as a friend.

tapi makin lama sembang makin tertarik ngan karekter dia ni. cakap sopan, kalah aku nih. pastu banyak bagi nasihat. sekali pun tak penah cakap ngarut, lucah2 jauh sekali. kiranya berkawan ngan 'dia' ni mendamaikan ati lak. lagipun dia org satu negeri ngan aku. ermm, layan je la..tapi bila fon kena bagi balik da pegawai kompeni rasa windu tu tiba-tiba jer datang. aku asyik berangan jer. hujung minggu ternanti2 dia kal..haha..nape aku nih, da mabuk cintan agak nyer..konpius ni..kuikui

kami berkawan selama 6 bulan aku training. dia ada hantar pic dia by mms dan aku pn bagi gak la..aku tengok dalam fon tu gempal orang nyer..rambut pacak macam landak la pulak..pakai spek mata bingkai hitam..ala2 alternatif..style biasa2 jer. tapi ati aku ni marasakan bahawa dia ikhlas orang nyer. aku bertawakal jer la. kalo niat kita baik, maka balasan Allah pada hambaNya akan baik..insyaallah.

lagi satu yang membuatkan aku lebih yakin dengan dia ialah dia ni  jenis tak berkira. aku berapa kali jer kal dia tapi aku rasa da beratus da bil dia bayar semata-mata kerana aku. tambah pulak dia sanggup beli topup kat aku. ishk..terharunya! langsung tak berkira dia ni.

dia juga jenis orang yang berterus terang. kiranya cara dia tu wat aku rasa makin selesa. sampai la satu ari tu...bersambung part ii k..haha. poyo giler aku nih. kata cerpen jer. ni da jadi novel plak ni..sowi ye kengkawan bila flashback banyak la pulak benda yang diceritakan tu..haha..layan jer la..nantikan NEXT episod.

0 SUDI TAK?:

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers