BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 12, 2010

Pilihanku..adakah selama-lamanya?

Arini datang mood nak updet pasal produk kecantikan. tapi kali ni about da skin care. bercerita pasal skincare ni sebenarnya ni da kali ke berapa ntah aku tukar2 produk ni. aku mula pandai pasal benda alah ni masa aku sem 1 kat uum dulu. first produk aku try ialah reena's cosmetic. asalnya muka aku takder masalah apa2 tapi sebab gediks nak try atas paksaan member (haha..poyo, salahkan member plak) aku pun mengetes la produk ni. memang elok nga muka aku..

ni produk reenas
beberapa lama kemudian, bermula la episod duka dalam idup aku...

semasa cuti semester aku pegi keje kilang kat johor. sebelum ni aku da biasa keje bila jer cuti semester. tapi masa ni hanya sebulan cuti tapi gediks gak nak keje. kebetulan masa tu kebanyakan kilang shutdown dan aku tak der pilihan terpaksa la kerja di tempat panas, berhabuk..tak kan nak balik kampung semula. alang2 da sampai teruskan ajer la. tapi keputusan yang aku buat itu memakan diri sendiri. bekerja di tempat berhabuk, panas, kotor membuatkan kulit muka aku keluar bintik2 kecil dan gatal. baru kerja seminggu kesannya da menggusarkan jiwa.

ni contoh jer..
tak lama selepas itu, timbul pulak jerawat bernanah. aku makin kalut. pelbagai perasaan ku rasa. bercampur aduk. malunya bukan kepalang sebab ramai yang menegur. 4 ari sebelum kelas buka, aku balik kampung dulu. umi aku membebel sebab rupa aku da teruk sangat da. aku tak taw nak wat camner. malu nyer sebab nak berhadapan nga member2. sebelum ni muka licin dan tak der masalah langsung. nak menyesal da tak der guna da..tawakal je la.

member2 u pulak ramai yang menegur..eh rus, naper muka ko ni?kena campak ke? eiii...grr..geram tul la. ada sesetengah tu segan nak tanya sendiri main pass plak kat orang lain nak tanya pasal aku punyer muka. so, sejak dari itu lah aku bertukar dan terus bertukar kepada pelbagai produk yang ada di pasaran. bertukar mencari kesesuaian. aku penah guna NV, Felisa, Sendayu Tinggi, Citra Ayu..macam2 la. macam2 ada...


NV
Felisa
Citra Ayu

tapi keputusannya amat mengecewakan. mayb lapisan epidermis muka aku ni dipenuhi habuk2 besi sebab tu ia tak berkesan. tapi jangan korang salah paham plak, mayb orang lain pakai bagus kesannya..last2 aku biarkan sajer la. sampai la aku tamat belajar di uum muka aku camtu la..kadang ok sikit dan kadang2 teruk.

sehinggalah tahun 2007 aku pergi training polis, aku berkawan dengan sorang minah ni..haha..nama dia As la..dia sajes kat aku satu toner untuk kecutkan jerawat dan hilangkan parut jerawat. excited aku nak beli..korang penah dengar Dalacin-T? aku pn masa ni first time gak dengarnya. nak beli senang jer, cari la farmasi insyaallah akan ado...

Dalacin-T
sejak guna menda alah ni, kulit aku makin pulih. tapi bau nyer amattttt la tak tahan. bau kuat sangat okeh..aku memang tak tahan. tapi nak elokkan kulit punyer pasal maka terpaksa lah..masa kursus ni cuma menda ni je la aku guna. aku tak nak amik risiko lagi sebab masa kursus kitaorang kena kawad bagai..kulit hangus..so,mana leh pakai apa-apa kan....

lepas tamat kursus aku dipostingkan di k.l. masa ni la aku nak pulih kan kembali kulit muka yang hitam legam tu. aku jumpa plak produk Puteri Rembulan. memang kelass la produk ni nga muka aku. muka da ok, kulit putih bersih dan memang aku berpuas hati la..aku beli di kios dalam pasaraya Tesco Damansara.
Puteri Rembulan
sekarang aku tak lagi guna produk tu. korang mesti tertanya2 naper la aku ni asyik bertukar2 produk..kan?kan? dengar la dulu aku explain..haha. camni, aku mintak ditukarkan di kemaman sebab my hby keje kat cini. aku da cari merata-rata produk ni tapi tak der. sesetengah pekerja kios yang menjual produk kecantikan ni tak kenal pun produk ni. tak penah dengar kata nya..ader ke gitu? kena la alert skit kan..haha tak puas ati haku nih..

so, mesti korang tertanya2 kan apa produk terkini yang aku belasah kan..kan? kan?..nak tau tak? tungguuuuuuuu next entry k..hahahaha..

0 SUDI TAK?:

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers