BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 15, 2010

Romantika s.a

Petang jumaat lepas aku gi ke romantika s.alam..alang-alang da datang klang ni amik la peluang yang ada tu kan..pegi PAS semata-mata nak terjah romantika jer..level lain tak menyinggah langsung. lagipun masa da suntuk sangat sebab janji nga member aku nak pegi umah dia kat meru lepas maghrib.

romantika tu level 5 di dalam plaza alam sentral (PAS) s.alam. aku tak penah pun datang sini taw! my hby penah datang tapi dia ingat-ingat lupa plak. sebab masa dia datang tu time dia muda trang tang tang dulu..huk oloh..dekat jer dengan umah akak aku kat bukit raja tu. cuma yang lama nyer nak carik parking. pusing pat lima kali baru jumpa.hehe...

ada ceriter klakar skit la masa dalam lif tu. kami parking kete kat level B2. nek la lift..jenuh plak kalo nek eskelator..dalam lift tu ada 3 orang dewasa dan termasuk kami jadi 6 orang la..aku syok duk berangan nak beli itu ini kan.. sampai kat level G 3orang tu nak kuar la. tiba-tiba hby aku dengan panik nyer ajak kami kuar cepat-cepat...aku pelik la kan. ada gegaran ke?lif rosak ke?

aku tanyer nape?dia tak gitau lagi sebab nak kuar dulu dari lif tu. lepas da kuar baru dia citer..rhuper2 nya dia pening. aku tengok dahi dia berpeluh2. masa tu dia dukung si najwa. aku tanyer dia apesal leh pening plak. tadi elok ajer..dia cakap dia duk terbayang yang kami ni terperangkap dalam lif tu..duk terkepong dalam lif dalam keadaan yang gelap..hahahaha..kelakar tul la laki den ni. boley plak dia duk bedrama dalam lif..wat malu kaum jek..laki den ni tak leh bawak gi majlis taw!

so terpaksa la kami nek eskalator..jenuh plak nak sampai level 5 tuu..da sampai atas leh plak dia berposing2..dush..dushh laki haku nih..



owh..sungguh tak sabar kay nak masuk romantika nih..rasa aku nak berlari2 jer atas eskalator tuu..da nampak da bayang2 barang yang aku nak rembat..hikhik..buruk perangai..okey korang layan dulu la pic ni. sebenarnya aku takut gak nak snap pic dalam ni..boley ke tak boley ni?..arghh belasah jer la..wat kenangan mai romantika..kekeke





dalam sejam kot kami kat dalam tu..beli barang yang kecik2 jer. senang nak angkut dan bawak balik kemaman nanti..ni barang yang aku sempat rembat! nasib baik bawak wit tak banyak..hee..ni hasil rembatan..



lepas tu terus ke umah ain, member aku dari matrik lagi..da setahun tak jumpa dia..aku tak bawak apa pun masa gi umah dia. niat nak cari la kedai roti area meru tu. tapi sampai ke sudah tak jumpa kedai tu..last2 gi umah dia tangan kosong jer. malu gak kan, da la lama tak jumpa. pegi plak dengan tangan kosong..

ain siap masak makaroni bakar lagi. serius wei uols, ni pestaim aku makan makaroni bakar..sedap la dia wat..siap rekues resipi plak tuu..konon2 nyer rajin la aku nak masak..hehe



masa sampai hby ain takdak kat umah..keje shift petang. kul seblas baru balik. cuma ada ain ngan umairah jer (gegurl ain la)..kami tak leh nak tunggu lama-lama kan..walaupun banyak bonar benda yang dikongsikan..tak pe la, len kali kami datang menyinggah lagi ain yer!..

oppss..nak balik tu dia siap adiahkan najwa 2 lai baju dan seluar..ermm..ain..ain..ni aku bertambah malu la ni..aku tak adiahkan apa2 kat umairah...

ni jer la xtvt kami ari jumaat di klang..penat, balik umah tido..tata

0 SUDI TAK?:

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers