BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 28, 2011

Menu di Hari Jumaat..

Semalam kan ari cuti, so aku rajin ler memasak..kalo tak rajin nanti dorang nak makan apa kan..hee..aku ni terer masak taw, hakhak..terer sebab resipi kaling2 punyer (kal umi aku mintak resipi)..aku buat nasi  kaumod..ntah betul ntah tidak ejaan nyer sebab menu ni orang thai punyer..so,ejaan tu aku belasah sendiri asalkan bunyi nya betul..haha

menu ni senang je nak buat tapi kena ada serbuk ori baru jadi lagi sedapp..ala serbuk macam serbuk kurma adabi tu tapi serbuk nasi kaumod ni hanya ada di thailand saja..serbuk ni umi aku bawak sini masa datang aritu..orang klate yang duk sempadan thai senang dapat serbuk ni..lagipun resipi ni memang resipi keturunan aku..aku masak main tibai jer janji ada bau nasi kaumod tu..haha..kita tengok pic dulu nanti aku kasik resipi dia okey,

warna kuning ala2 coklat..bau best!

 nanti tabur bawang goreng n kismis..macam nasi minyak tapi nasi kaumod tak muak..bagi aku ler..

 ni ulaman dan sambal..bukan sambal biasa tapi dimasak terlebey dahulu..cara2 dia nanti kat bawah ek


ni lauk ayam digoreng atau masa masak nasi masukkan sekali ayam dalam nasi tu..tapi aku lebey suka ayam goreng..rasa masin2 perapan ayam tu..okeh, resipi dia ialah..jeng..jeng..(macam gempak sangat !):

untuk nasik:
  • bawang merah 5 ulas, bawang putih 2 ulas
  • sedikit halia
  • bunga lawang, cengkih n kayu manis
  • sedikit marjerin
  • garam, gula, aji
  • perencah kaumod (masukkan dalam mangkuk dengan sedikit air). kalo tak der serbuk ni gantikan dengan serbuk kurma adabi..
tumbuk (bawang n halia). panaskan kuali dengan sedikit minyak..masukkan bunga lawang, cengkih dan kayu manis dalam kuali. kemudian masukkan bahan yang ditumbuk..kacau hingga naik bau..kemudian masukkan perncah tadi dan kacau lagi sehingga masak (pecah minyak)..masukkan air iaitu disukat mengikut keperluan (cth:jika segelas beras yang hendak ditanak, masukkan 2 gelas air ke dalam kuali)..biarkan seketika sehingga mendidih..masukkan sedikit marjerin (tujuan untuk melembutkan nasi) dan juga sedikit gula, garam dan aji..

basuh beras macam biasa dan masukkan air yang ditumis dengan bahan2 tadi..masak macam biasa. jika ayam tak mau digoreng, masukkan ayam dalam kuali semasa tumisan air tadi..kemudian apabila beras dah kembang (nasi sedikit masak), masukkan ayam tadi ke dalam periuk nasi dan letakkan ayam di atas nasi. tekan perlahan2 atas nasi..dan biarkan nasi dan ayam betul2 masak kay..kalo nak ayam goreng, goreng macam biasa la..

untuk sambal dimasak:
  • cili setakat mana perlu
  • gula
  • garam
  • limau nipis
  • daun ketumbar
cili di blend dan masukkan ke dalam periuk untuk dimasakkan..perah limau nipis dan kemudian masukkan gula, garam (sesedap rasa) dan daun ketumbar..panaskan hingga pekat dan betul2 masak..


nasi masak hidangkan macam biasa..nak sedap kena ada ulam timun, tomato dan daun salad..selamat mencuba kay!

1 SUDI TAK?:

Ogy said...

wahh leh try ni resepi ni..kebetulan cik abg nk balik...hehe nk copy nih..

naseb baik rempah kaumod tu leh ganti dgn kurma...mana nk cr rempah tu

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers