BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 18, 2011

Aku masih ada..

Bukan menyepi..bukan menyendiri..eceh..aku da ada blog baru. bukan sengaja nak wat blog baru tapi masalah blog yang aku hadapi aritu masih tiada penyelesaiannya..malas nak serabut pala otak, maka tercipta la blog aku yang baru..finally!

kepada kawan2 blogger yang da follow hamba di sini, harap masih sudi follow hamba di 'sana'...hehe..tanpa tuan hamba semua siapa la hamba ini..

 maka tercipta la LAKARAN TANPA TINTA

Monday, February 28, 2011

Hepi besday sayang mummy..

Ni entry ditulis minggu lepas...baru nak publish..hikhik
Lately ni aku memang sangat bizi..sampaikan besday anak pun tak sempat nak celebrate..tambah2 pulak bila tau abang aku si celepek akan datang ke sini jumaat ni..pikir punya pikir alang2 dia da ada sini baik kami celebrate skaligus la kan..

berbalik kepada tajuk entry, maka 18 feb 2011 genap la usia najwa SETAHUN..macam2 rintangan dan dugaan dalam membesarkan sorang anak tu..ni baru sorang taw tapi da rasa tak terkejar..camner la agaknya ibu2 yang ada ramai anak, berderet2 pulak tu yang kecik2 nyer...sungguh mencabar kan..tapi inilah yang dinamakan kehidupan..setiap laluan perjalanan dilalui dengan penuh sabar dan tabah..dan ganjaran PAHALA yang menanti amat besar..

ni pic sekitar feb 2011.. keletah si tecik





ni pulak najwa dimekapkan oleh sepupu dia..yang kelakarnya masa si along nak mekapkan, najwa diam jer..dengar arahan pulak tu..nak sapu eyeshadow, pakaikan lipstik ikut jer apa yang orang buatkan kat dia..ke adik minat nak mekap macam mummy??hikhik..



peristiwa yang tak boleh lupa masa dia hampir2 tertelan mainan sebesar dadu..masa tu dia di taska..papa dia datang amik petang lepas balik dari keje dan tengok mulut si najwa berair jer..nampak pelik sangat..lepas tu ternampak ada benda dalam mulut dia..rupa2 nyer tu mainan budak2 lain yang bawak gi taska..eiii, masa aku taw citer tu rasa seram2 sejuk, marah dan terus mesej owner taska..hanya ucapan maaf yang diucapkan kat aku..tapi kalo benda lebih buruk yang terjadi adakah 'maaf' itu boleh mengembalikan nyawa?? aku maafkan cuma terkilan dengan sikap cuai pengasuh2 di situ..dan rasa kecewa sebab si owner tu sendiri sebenarnya tak pantau pekerja2nya..sikap lepas tangan macam ni tak harus ada oleh seseorang owner taska..

peristiwa kedua; najwa admit wad disebabkan demam yang tak kebah2..setelah x-ray dilakukan doktor memberitahu bahawa paru2 najwa telah dijangkiti kuman..tapi mujur la tahap sederhana dan segera dibawa ke spital..dalam tempoh hampir 2 minggu najwa demam da 3 kali aku bawak dia gi klinik dan spital..tapi doktor cuma bagitau demam biasa..huhh??sabar je la



umi aku datang dari kampung..dia pantang dengar anak cucu sakit sanggup datang ke sini nak jaga cucu sementara betul2 sembuh..bila najwa da ok, dia balik semula ke pasir mas..aku letak najwa semula kat taska..3 ari lepas tu, najwa muntah2 dari jam 2 pagi hingga ke subuh..aku risau sebab duk pikir kuman dalam paru2 dia kembali menyerang ke?..pagi tu jam 7.30 pagi aku dan hby bawak dia terus di ke bahagian kecemasan..dalam duk tunggu giliran tu da 2 3 kali najwa muntah..nasib baik masa menunggu tu tak lama..bawak jumpa doktor tapi dia cakap najwa ok, najwa muntah2 tu sebab terlalu aktif..whattt?? tu jer jawapan doktor..aku cakap da 8 kali najwa muntah2 dari jam 2 pagi ke saat aku jumpa doktor..aku gitau maybe najwa keracunan tapi doktor menyangkalkan apa yang aku cakap..dia just bagi air garam..huhh!! ok fine, xpe..sabar lagi..

lepas seminggu peristiwa tu, aku diberitahu oleh kerani tempat aku kerja, anak dia telah muntah2 masa balik dari taska (taska sama okeh)..korek punya korek cerita rupa2 nya kejadian anak dia muntah2 tu sama masa najwa muntah2..baru aku tau sebenarnya budak2 yang makan di taska aritu semuanya kena keracunan..masyaallah, kenapa la dorang nak sembunyikan hal ni..

lepas jer tau pasal kes tu aku serta-merta gitau owner yang aku nak hold dulu najwa ke taska..aku gitau umi aku datang sini nak jaga..sebenarnya dari hari aku tak hantar najwa hingga la ke saat ini aku mintak anak sedara aku yang menunggu result s.p.m yang tolong jaga dulu..dan dari kejadian tu jugak akak kerani tu terus berentikan anak2 dia di taska tu padahal baru sebulan dia daftar anak2 dia kat situ..kadang2 memang sakit ati mengenangkan sikap pengasuh ni..da la taska tu kotor, budak2 main merata2..tidur pun gelimpangan jer..nak marah tak sampai ati..kalo ditegur mulala tarik muka..pastu bila tak suka kita, anak kita pulak yang jadi mangsa..macam2 peel orang nii..

alhamdulillah, najwa sekarang da sihat sepenuhnya..bertambah aktif dan mula bertatih..paling banyak dia melangkah 10 langkah..dan yang tak tahannya sudah pandai panjat2 laa..



Monday, February 14, 2011

Makan2 lagi..

Ni plak ari ke-2 lepas abis kursus kami menyinggah makan kat restoren Al-Fatani, Kuantan..masih area kuantan kay..tapi ni aku lupa da jalan apa sebab aku kalo bab2 jalan memang fail giler okeh..ala, kalo korang dari bandar kuantan pastu nak balik ke terengganu memang akan lalu ikut sini..restoren dia sebelah kanan, turun bukit skit tuu..ada paham??

restoren ni aku da penah sampai dulu masa bukak puasa taun lepas...masakan memang sedap kay..haa, siyes rasa dia 'sampai' kay..haha..jom kita try..


tunggu menu sampai pun bukan lama sangat..dalam 10 minit jer..


ni menu pilihan kami


daging masak merah, telur dadar, kangkung goreng belacan + sotong, sup ekor + tulang dan ikan siakap stim..best sesangat masak stim tuu..harga?? nak taw...RAHSIA..kuikui..
                                        ...

                                         v
                                         v

cuma RM 68 ++..jer..lagi murah dari tempat semalam..4 orang makan..eh..eh..anak aku nak campak mana, 5 orang daa..so, aku kasik 4 bintang taw..


memang berselera..tak tengok kiri kanan dah..hehe..

so, apa lagi orang2 kemaman, dungun atau mana2 yang berhampiran boleh terjah sekarang kay..

Tanjung Lumpor, Kuantan

Hari Jumaat lepas setelah abis kursus kami sekeluarga menyinggah makan2 di Tanjung Lumpor, Kuantan. sebenarnya keinginan nak pegi memang da lama tapi masa  jer yang tak mengizinkan..dengar2 ceriter dari orang2 tempat tu memang best. tapi kan kedai makan area sini memang banyak sampai tak taw yang mana da best..last2 my hby kal kawan dia mintak sajesen kedai mana yang okey..

so, pilihan kami pada petang tu adalah di Ana Ikan Bakar Petai..jom kita cuba best ke tak best..hikhik


masa ni pewut tengah lapar giler kay..hehe


ni pulak menu yang kami pilih..


lauk2 ni sumer kita boleh pilih sendiri..nak besar ke nak kecik ke..memang fresh2 arr..

masa kami sampai ni da dekat2 nak maghrib da..orang makin ramai..kalo kira suasana restoren ni memang selesa sebab banyak meja2 diletakkan di ruang terbuka..tak der la rasa sesak napas nii..ermm, satu lagi servis dia not bad..kiranya dalam 10 minit gitu da boleh ngap da..hehe..apa punyer bahasa daa..

oppss..uniknyer restoren ni semua menu dia ada 'bakar petai'..contohnya ikan siakap bakar petai ke, sotong bakar petai ke..haa gitu la..tapi kami pilih lala bakar petai..yang lain2 tu menu biasa2 jer..ikan siakap 3 rasa, sotong kerabu, tomyam campur, kangkung goreng belacan dan pelbagai minuman laa..

ni pestime kami datang ke sini dan kalo nak buat perbandingan dengan restoren2 lain kat area sini memang tak taw la kan..tapi bagi aku secara jujurnya aku akan cakap 'rasa' dia tu belum sampai ke tahap yang aku nak laa..'rasa tu tak berapa sampai la'..haha..ada paham??

dan yang penting restoren dia ni ada surau kat bahagian belakang..jangan asyik nak makan jer tapi waktu solat terabai..syaitan duk bertenggek kat tepi telinga..duk asyik cakap kat kita 'makan la..best nii..tak per tak yah gi solat..makan dulu..bila lagi nak makan sodap, taim ni la punn..'haa, amik ko terus cakap nga diri sendiri..'ala tak per la nanti aku qada la solat tu'..sendiri mau jawab la kan..kan...

sekian kisah aku di petang jumaat lepas..hehe..sampai umah penat giler..sok nyer masih ada 1 ari lagi kursus okeh..oppss..lupa plak, harga total untuk kami 4 orang lebih kurang RM 85..leh la korang wat bajet kalo teringin nak datang kan..

Sunday, February 13, 2011

SkinCare Class ( SCC ) bersama Ani dan Mira

SCC bersama kawan2 my hby..


entry penuh sila ke Beauty In da House

Kursus ESRS in Mary Kay

aku telah attend kursus ESRS..


entry penuh sila ke Beauty In da House

Thursday, February 10, 2011

Ketagihkah Aku?

Ni entry yang suka-suki jer..bukan ketagih dadah ke..bukan ketagih makan budu ke..tapi ketagih berblog..hehe..tapi adakah aku ni sebenarnya seorang yang ketagih?jom tengok..






ketagihan aku berblog adalah 75%..erm..makna nya aku ni bukan penagih blog yang tegar la kan..korang nak taw tahap mana ketagihan korang? jom klik AKU MEMANG PENAGIH..

sadis betuuuulll..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers