BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 22, 2010

RAYA DAY PART 2..

Salam..baru nak citer pasal raya hari ke-2 plak ni. raya pertama just raya kat umah umi dan gi umah atok (mak umi). raya ke-2 baru nak gi umah mentua.haha..apa punyer menantu daa..menantu antu? ahaks..sebenarnyer nak wat pengumuman ni, umah mentua hanya ambil masa setengah jam jerk bersamaan dgn 35 km..haha..sila jeles kay.! memandangkan saya orang pasir mas, my hby orang tanah merah jek. kiranya daerah bersebelahan jer. alhamdulillah la dapat jodoh dekat je kan. tak berebut nak balik raya..hehe..lalalala.

Kebiasaan bila gi sana tak penah tidur umah mentua. mesti korang anggap kejam kan!..kan!..jgn la gitu. dengar dulu penjelasan hamba yg very2 da ikhlas ni..ceritanya bermula begini..'once upon the time..when i walk2..(ni skrip amer dlm DRAMA ULAR EMAS kay)..haha..gilos aku ni. merapu tahap gaban laks..ok,serius ni kay..mcm ni al-kisahnya..my hby ada 7 beradik dan dia anak ke 5. sumer adik-beradik da kawin da. adik bongsu dia umor dlm 31 taun kot..cuba korang pikir berapakah usia suamiku itu..?emak dia da lama meninggal dunia. masa my hby umur 21 taun lagi. tinggal la ayahnya yg menduda waktu itu..angkat tgn saper nak jadi bini dia..kikiki..eh korang ingat ayah mentuaku ni tak laku ke?iskh..laku taw.

Bila isteri terchinta kembali ke rahmatullah, sampai lak jodoh dia dgn janda beranak 6. haa, beli 1 dapat free 6 lagi taw.haha..so, adik-beradik tiri my hby sumer da besar panjang..da beranak pinak da pun. dari 6 beradik tiri tu 3 orang memang duk umah mentua aku la. campur lak nga anak bini lagi..ha,korang pikir la camner dia punyer 'kekraudetan' dia dlm umah tu..tak kan bila balik sana nak tido depan tv..bergolek, berguling, tertonggeng bagaikan. biasa la umah kampung bilik tak banyak. so, bagi menyelamatkan maruah ku sbg istri yg sejati ini, 'tetiba jerk' tiap2 kali balik kampung kitaorang bermalam di umah umi jer. tapi slalu balik menjenguk mentua k...haa, ni la citer sebenar..THE END.

Ok, kita sambung jalan2 pegi raya lak. dalam kul 10 pagi kami bertiga berdesup gi umah mentua la. jalanraya time raya2 ni sedikit jem la kan..papa tak kal pun ayah gitau kitaorang nak gi beraya ni. konon2 nyer nak wat suprais la kan..masa on da way nk sampai da kat umah tiba2..kringgg..kringggg...fon papa berbunyi..

'ha, tak der?'..la kitaorang da nak sampai ni...ooo...tak per la.' aku heran gak dengar papa cakap macam tu..
'naper hby? (panggilan manja suami..ahakss)..
'ayah gi pasir mas la'..
laa..abis tu camner?da sampai ni...ayah gi umah saper?
'umah sedara mara mek (panggilan ibu mentua)..petang kot balik..tapi tak per la kita gi beraya umah abg yie la..

memandangkan aku ni isteri yang tak banyak bantahan (poyo jerk), so aku menurut saja la kata si suami. lagipun ni kan raya. time ni la nak jumpa adik-beradik papa yang lain. so kitaorang pun terjah la umah abg yie..dia ni abang no.3 berkahwin dgn orang sekampung dia jerk. tempat yang kitaorang nak pegi ni umah mentua dia la. abg yie tinggal n keje kat johor. masa aku bersalin ari tu kami tak jumpa lagi dan dorang tak tengok lagi najwa ni.

sampai je umah mentua abg yie tgk ramai orang..rhupa2 nya ada kenduri kat umah tuu. apalagi langkah kanan la kitaorang ni..hehe..tak banyak pun pic kitaorang snap sebab kat umah orang kan..maluu. (ngades2 plak)..tapi eklis ada gak pic kenangan tuu. so, layan je la..

budak tembam tu tido
ni wife abg yie..k.zie
pakai skirt jens tp rambut still pacak..
 Lepas makan bagai kitaorang nak gi beraya plak umah member papa..dekat2 situ gak. kebetulan ari tu ada majlis pertunangan adik perempuan member dia. disebabkan baru jer lepas makan, aku da tak boleh sumbat da. just minum air jaga ati tuan rumah. tapi tak sempat nak bergambar nga bakal pengantin perempuan coz masa pegi tu dia baru jer nak mekap2..tak dapat bergambar nga bakal pengantin, ambil pelamin je la. kira vouge jugak la kan sebab baru jer tunang tapi majlis mcm ari kawian, ada pelamin bagai..tema tunang biru muda..erm, nice...
wife member papa
nak jugak..
dulu ber-2..skang ber-3

Kitaorang tak tunggu sampai majlis siap sebab papa gitau ayah da balik ke umah. So, berangkat la plak menuju ke umah ayah. Dapat la jumpa adik-beradik papa yang lain. 


Lepak2 umah ayah sampai ke petang sampai ujan turun dgn lebatnya..papa ajak balik p.mas sebab nanti jln jem..haha. alasan tak boleh blah..tu je la momen raya kitaorang..

Thursday, September 16, 2010

Raya Day Part 1

Malam raya aku kena keje..huhu.sedih yang amat la. tapi kebetulan raya pertama dan raya kedua aku off. so berkesempatan la pulang berhari raya. lalalala..hepi sungguh walaupun terkilan gak sebab tak leh wat persiapan raya pada malam raya tu..abis je kje kami berdesup balik ke klate. nasib bek jalan raya clear je..perjalanan sepatutnya 5 jam lebey jadi 4 jam setengah je..alhamdulillah kami sampai dgn selamatnya.

Sampai je depan pintu umah ada anak2 sedara je..org2 tua nya pegi sembahyang raya tak balik2 lagi. ishk..lama tul sembahyang raya. taun ni kira rugi la sebab tak sempat nak sembahyang raya. ye la,orang duk solat kami masih on da way..tsk..tsk..so, umi, abah dan adik-beradik lain balik dari solat aku berdesup mandi.jap lagi nak bersalam-salaman nih..nak mintak duit raya nih..haha..

Lepas bermaaf-maafan, makan-makan relax jap dulu. ha, citer bab makan ni best betul taun ni. baru je last pose itu ari tekak ni tringin jek nak makan ketupat daun palas, tup tup taun ni dengan jayanya umi aku jadi terajin nak wat sendiri. erm, macam tau2 jek anak dia ni nak makan!! naluri keibuan kan..umi wat sate gak, dan lain2 masakan. tapi wat tak banyak la sebab tiap2 taun lepas jek sembahyang raya kitaorang balik ke umah atok di thailand. so,acara wajib raya mesti la bergmabar2 dulu kan..ni nak tunjuk kat anak2 cucu nanti tau..hehe.

my family
kelakar tgk najwa..cute sgt2. tema taun ni oren-peach
da bukak tudung..rimas punyer pasal
alahai, berbaju kurung..so sweet!!
along..anak sdare haa

mummy n najwa

adus..kalo nak ikut kan banyak sgt pic ni. tapi nanti muak plak orang yang menengok nyer.hehe..yang banyak2 tu aku upload dlm fb la..sume pic ni kitaorang kat umah my mum la sebelum bertolak ke umah atok. sebenarnya tak jauh pun umah atok..sempadan klate-thai jek. dalam 15 minit sampai la. tapi advanture skit la sebab kena nek bot.ha, part ni memang rimas skit..da la acik ni pakai high-heel.mau tergolek masuk dalam sungai kang!
ni kat tebing sungai border klate-thai
sementara nak nek bot
da selamat menyeberang

kitaorang gi umah atok sekejap jek. jumpa sdare mare sebelah umi.adik-beradik umi ramai yang berkumpul di umah pusaka tu. time ni la kan nak sembang2 isu2 semasa..ahaks..jumpa sepupu sepapat yang da lama tak jumpa. so, lepas asar kitaorang balik semula ke pasir mas..erm,,ni la citer raya pertama kitaorang...daa

Tuesday, September 14, 2010

BUKA PUASA ADIK BERADIK..


Lambat tul aku updet blog aku nih..org da raya aku masih lagi nk citer pasal buka puasa. tapi tak per la, da blog aku kan..ikut suka la nak updet ke tak..eceh,main kasar nampaknyer..! tak la..aku membizi sgt sampai tak dan nak jenguk blog nih..ha, ni kitaorang gi bukak pose kat restoren sri kalong kemaman. papa da janji nga adik-beradik dia nak buka pose sama2. masing2 membizikan so kali ni kira jadi la bukak pose sama2..

aku sebagai isteri ikut je la kan..nanti dikatakan isteri durhaka laks..padahal cantik sgt la buka pose kat luar. macam la aku rajin sgt nak masak kan..hiks..pecah rahsia.so, apalagi kita terjah la pic yg tak seberapa nih..

papa n najwa depan SRI KALONG
mummy n papa
adik-beradik papa

Pak ngah & mak ngah
belakang tuu air mengalir di cermin..


so, lebey kurang kul 7.50 pm kitaorang da selesai bukak pose dan gerak ke rumah pak su yang hanya beberapa meter saja dari restoren tu. singgah nak solat bagai la. kang terlepas lak waktu mahgrib, sia2 la kan pose.ohh..lupa nak cakap bajet buka pose 10 orang termasuk kanak2 3 org adalah sebanyak lebey kurang rm 180.00..erm,skali skala kan pe salahnyer.


Tuesday, September 7, 2010

Rombongan cari baju raya..

Jumaat lepas kitaowang terjah ke kuantan lagi. Tapi kali ni bukan bertiga tau tapi berempat..!siapa sorang lagi tuu?owwh..budak tu..budak tu la..kawan my hby la ikut. papa mintak member dia temankan. aku tak kisah pun. tapi nak jadi cerita aritu aku punyer la tak larat. demam punyer pasal la ni. balik dari majlis berbuka puasa di kediaman PDRM aku terus rasa lemah2, tak larat dan malam tu tido menggigil2 kesejukan. tapi gagah jugek pegi. kalo tak pegi masa tu mayb da tak der masa la kan...

kitaorang gerak kul sebelas pagi. gi amik member dia dulu kat umah baru la menuju ke kuantan. sampai sana da masuk solat jumaat da..dorang berdua tak sempat da nak solat jumaat..tak per la nanti cari surau dalam soping komplek tu ..mula2 kitaorang terjah kamdar. niat nak cari baju melayu papa tapi pusing2 dekat sejam kat dalam tu tak der yang menarik pun. terus tuju megamall lak tapi aku tengok langsung tak der suasana raya..macam tak best jek!! da la banyak kedai lot tutup. so, ajak papa terus gi East Cost Mall (ECM) lak..

kat parking kete mega mall
byk tol lot kedai yg tutup..x besh la..kat mega mall la ni
aku bersweater..sejukk tak hengat k
after soping..mmg xlarat giler time ni.
memandangkan aku demam dan ianya semakin menjadi2, so kitaowang just carik brg2 yang memang dalam list je la. da tak larat da nak window ke aper ke. najwa plak asyik meragam jerk. lagi pun dia memang tak berapa sihat lagi sebenarnya. so ke kuantan itu hari adalah memenuhi matlamat la..

apa yang dicari spt henbeg, high hill, baju melayu dan barang tambahan najwa adalah TERCAPAI. macam high hill tu aku bekenan jenama carlo rino je. rego rm 78 (xder less). tu pun beberapa kali ngetes da. henbeg plak beli yang murah2 jek jenama rucini rege rm 122 (after less). ok la tu daripada aku beli yang beratus2. mau menabung dulu kalo nak dapat yang rege nyer mengancam..bukan kedekut tapi sayang duitt..haha.boleh gtu?? baju melayu papa lak rm 168 (ni pun xder less). niat nak cari

so, aktiviti mengsoping aritu berjaya disudahkan tepat jam 5pm..badan da rasa lemah2 ni. da tak larat giler da.papa sajes kitaowang berbuka di area beserah je la. so, kul 5.30 pm kami gerak nak balik da. restoren tu on da way nk ke kemaman. so, senang la kan terus berbuka kat situ. papa singgah dulu kat restoren tu (tak hengat nama per ek?) untuk booking meja n order lauk pauk terus. lepas tu kami gi ke masjid untuk solat asar dulu..

lepas berbuka bagai kami gerak semula ke kemaman. dalam sejam sampai la umah dan tiba2 demam terus jadi semakin serius. papa sempat usik lagi 'mummy time soping segar jerk, bila da abis soping terus jadi macam bateri yang tak dicas.' haa korang amik muka haku..kena perli jek. haha..lantak la..apa yang penting separuh misi raya ni da terlaksana da..hikhikhik..

Sunday, September 5, 2010

Majlis Berbuka Puasa PDRM..2 Sept 2010

Salam..
Ari khamis lepas ofis aku mengadakan Majlis Berbuka Puasa di kediaman PDRM Bukit Mentok Kemaman dan dif2 jemputan of coz la KP Terengganu dan ramai lagi pegawai2 dan anggota yang terlibat. Kali ni IPD Kemaman adalah tuan rumah yang menganjurkan majlis berbuka puasa ini. Aku adalah salah seorang daripada wakilnya sebagai penanggah bagi majlis tersebut.

Aku bergerak ke sana dalam kul 5.30 pm. kena gi awal la sebab nak tolong aper2 yang patut. Majlis dibuat dalam dewan kediaman PDRM tu la. Sampai jek di sana aku tgk da banyak persiapan dibuat. aku ingat aku orang yang last sampai tapi rhupa2 nyer orang dekat pun datang lambat..per citer??

Kali ni tak banyak snap pic sebab mana nak dan..nak menghidang bagai, nak betul2 meja kerusi..kang marah lak orang lain yang nengok nyer..aku da pikir da kat sana nanti tak sempat punyer nak posing, so sebelum bertolak aku belasah posing dulu..heh heh..


preparation..
meja vvip
tetamu vvip..

helmet mengkaver pewut kay..

majlis selesai kira-kira selepas solat terawih tetapi aku terpaksa balik awal coz najwa tak berapa sihat. lagipun seharian tak jumpanya susu da bengkak2 da..balik dari majlis tu singgah jap umah abg ipar coz papa n najwa berbuka kat situ. lepas tu balik je umah terus aku ajak papa ke klinik coz nak sambung ubat najwa yang da abis..ni je la kisah tuk arini...........................


Thursday, September 2, 2010

Buka puasa at 2230 hrs..??

Hai uols..ni citer aku malam tadi bab buka puasa pukul 10.30 mlm..eh..eh..masa azan maghrib da berbuka da tapi ala kadar je la..sebabnya aku kje dari kul 4pm - 8 pm. so,terpaksa la berbuka nga member2 dulu..papa kat umah buka sorang2 n najwa terpaksa letak kat taska..nasib baik taska sebelah tempat aku kerja tu open 24 hrs..lega la bagi aku yang keje shift ni..menu buka kat pejabat:

air cendol perisa ubat batuk
kuih 'pulut kaya' terlebih gula
roti jong rm 4 kot..

menu ni papa pegi beli kat bazar ramadhan depan pejabat ku..naper 'air cendol perisa ubat batuk?' erm..sebab da la manis, tak lemak plak tu..leh la telan tapi cara telan tu macam kita telan ubat batuk..paksa2 telan gitu..haha.boleh?? blasah jek..

so,balik dari keje kul 8pm aku terus gi amik najwa kat taska. cian dia..da blur da sebab bila masa mummy dia kje bila masa tak kje..konpius sudah..masa gi amik tu dia baru jek tido..letak dalam car seat n terus pecut balik umah coz malam kang plan nga papa nak kuar makan kat luar je la..

siap mandi, solat bagai kitaorang gerak gi bank dulu la. nak cek duit rm500 tu..duit raya yang kerajaan bagi tuu..haha..buruk bonar pe'el. pantang dapat duit fre cepat jek..berdesup2 gi ke bank..bila cek dalam akaun wahh..da masuk da..kuar sumer duit tu dan bank in balik dalam akaun bank yang lain..bukan aper dlm ati ni duk pikir klo tak pindah duit tu kang hilang laks...ditarik balik ke?leh pikir camtu?? ah,peduli la..tamakkan??

so layan la pic kitaorang masa makan 'berbuka kali ke2'..pic yang poyo2 jek..sebab pewut da lapar malas nak snap byk2..

bulat nyer pipi..
muka tak make up..

Terjah Bazar Ramadhan (2 ari lepas daa)

Semalam kami satu family terjah ke bazar ramadhan tp ini entah ke berapa kali sebenarnya. Kali ni gatai tangan nak citer dalam blog ni..hikhik..Kat kemaman ni lauk pauk yang dimasak tak memenuhi selera aku sebenarnya tapi memandangkan tiada pilihan gue terpaksa la. hohoho..

Masa kitaorang pegi cuaca da tak berapa mengizinkan tapi klo tak pegi kang tak pasai-pasai lak makan roti kang!! papa cakap kita kuar la..mintak2 jangan jadi ribut ke apa ke seperti di melaka itu hari. So kitaorang gerak la nek kete walaupun destinasinya beberapa jengkal jek..so,layanz je la pic yang tak semengah ini..

ujan da lebat..on da way
tekun nyer papa!

erm..jadi la

nampak gemuk giler!!
meredah ujan..

Kitaorang beli apa2 yang patut jek..malas nak pusing2, berasak2 ngan orang ramai lagi, ngan lecah lagi..tak sampai setengah jam kita orang blah..

Tapi papa sempat lagi singgaj tepi sungai..konon2 nak tengok view, amik2 gambar..erm...layan je la
adik..naper masham jek muka?

papa control ayu..

Lepas amik2 pic sumer kitaorang blah la..nasi pun belum masak lagi ni..per citer??

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers