BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 31, 2011

Foundation yang best..

Akum..ni aku nak kongsi skit mengenai foundation yang best..sangat best dipakai. sebelum test kat orang lain of coz aku kena test dulu kan..ekceli sebelum amik keputusan nak bertukar kepada produk Mary Kay (MK) ni aku niat nak pakai foundation Simplysiti..ye la foundation yang aku pakai aritu kan da abis..mujur tak sempat beli..so, bila foundation MK ni da ada dalam genggaman teruja la aku nak menerainyer..

seriuss la, memang sangat sesuwai dengan kulit muka aku ni..sangat ringan macam tak pakai apa2..kalo nak dikira masih ada parut2 pudar kat bahagian muka aku..tapi tak berapa ketara la..so, pakai nipis2 pun da memadai..foundation ni cepat meresap dalam kulit wajah selain rasa moist..bukan melekit taw! nak apply bedak kompak ke mineral powder pun senang jer..

sapuan foundation nipis-Ivory 200



nanti entry penuh mengenai foundation ni dalam blog "Beauty In da House" yer..!

*perhatian: kalo korang bekenan dan teringin mencuba roger aku kay...

Sunday, January 30, 2011

Segalanya bermula di sini

Salam uols..sori aku tak sempat nak BW blog kekawan..aku just nak gitau aku da ada blog lagi satu..blog bisnes. kalo sudi sila2 la jenguk yer..hehe..kat sini

sebenarnya aku baru bermula..baru sesangat tapi hasilnya sangat puas hati..hehe..saspen jerk..
ok la, nak sambung buat keje skit...jumpa lagi kay!

Friday, January 28, 2011

Menu di Hari Jumaat..

Semalam kan ari cuti, so aku rajin ler memasak..kalo tak rajin nanti dorang nak makan apa kan..hee..aku ni terer masak taw, hakhak..terer sebab resipi kaling2 punyer (kal umi aku mintak resipi)..aku buat nasi  kaumod..ntah betul ntah tidak ejaan nyer sebab menu ni orang thai punyer..so,ejaan tu aku belasah sendiri asalkan bunyi nya betul..haha

menu ni senang je nak buat tapi kena ada serbuk ori baru jadi lagi sedapp..ala serbuk macam serbuk kurma adabi tu tapi serbuk nasi kaumod ni hanya ada di thailand saja..serbuk ni umi aku bawak sini masa datang aritu..orang klate yang duk sempadan thai senang dapat serbuk ni..lagipun resipi ni memang resipi keturunan aku..aku masak main tibai jer janji ada bau nasi kaumod tu..haha..kita tengok pic dulu nanti aku kasik resipi dia okey,

warna kuning ala2 coklat..bau best!

 nanti tabur bawang goreng n kismis..macam nasi minyak tapi nasi kaumod tak muak..bagi aku ler..

 ni ulaman dan sambal..bukan sambal biasa tapi dimasak terlebey dahulu..cara2 dia nanti kat bawah ek


ni lauk ayam digoreng atau masa masak nasi masukkan sekali ayam dalam nasi tu..tapi aku lebey suka ayam goreng..rasa masin2 perapan ayam tu..okeh, resipi dia ialah..jeng..jeng..(macam gempak sangat !):

untuk nasik:
  • bawang merah 5 ulas, bawang putih 2 ulas
  • sedikit halia
  • bunga lawang, cengkih n kayu manis
  • sedikit marjerin
  • garam, gula, aji
  • perencah kaumod (masukkan dalam mangkuk dengan sedikit air). kalo tak der serbuk ni gantikan dengan serbuk kurma adabi..
tumbuk (bawang n halia). panaskan kuali dengan sedikit minyak..masukkan bunga lawang, cengkih dan kayu manis dalam kuali. kemudian masukkan bahan yang ditumbuk..kacau hingga naik bau..kemudian masukkan perncah tadi dan kacau lagi sehingga masak (pecah minyak)..masukkan air iaitu disukat mengikut keperluan (cth:jika segelas beras yang hendak ditanak, masukkan 2 gelas air ke dalam kuali)..biarkan seketika sehingga mendidih..masukkan sedikit marjerin (tujuan untuk melembutkan nasi) dan juga sedikit gula, garam dan aji..

basuh beras macam biasa dan masukkan air yang ditumis dengan bahan2 tadi..masak macam biasa. jika ayam tak mau digoreng, masukkan ayam dalam kuali semasa tumisan air tadi..kemudian apabila beras dah kembang (nasi sedikit masak), masukkan ayam tadi ke dalam periuk nasi dan letakkan ayam di atas nasi. tekan perlahan2 atas nasi..dan biarkan nasi dan ayam betul2 masak kay..kalo nak ayam goreng, goreng macam biasa la..

untuk sambal dimasak:
  • cili setakat mana perlu
  • gula
  • garam
  • limau nipis
  • daun ketumbar
cili di blend dan masukkan ke dalam periuk untuk dimasakkan..perah limau nipis dan kemudian masukkan gula, garam (sesedap rasa) dan daun ketumbar..panaskan hingga pekat dan betul2 masak..


nasi masak hidangkan macam biasa..nak sedap kena ada ulam timun, tomato dan daun salad..selamat mencuba kay!

Jalan-jalan Hirup Angin

A'kum...hii..
Lama tak apdet belog..bila da keje ni rasanya 24 jam tu tak cukup kan..kan..pastu plak banyak benda yang nak kena buat dalam sari dua ni..sampai tag kekawan pun tak sempat makcik nak terjah..huhu..

okeh..arini takder citer menarik yang nak dikongsikan cuma citer2 biasa sajer..semalam dapat jemputan ke kenduri sambut menantu adik kepada kawan my hby..haa..belit2 plak..kenduri kesyukuran sajor..tapi pegi jugak la sebab wajib pegi jika tak de aral kan..lagipun semalam kami semua cuti..daripada santai2 kat umah dengan keje yang tak penah abis, baik kami pegi kenduri sambil jalan hirup udara..tak der la stress sangat idup ni..tetiba..



kenduri ni kat kemasik..dalam setengah jam jer perjalanan dari umah aku ni..pastu siap makan dan jumpa tuan umah kami mintak diri la..da kenyang makan wat per lagi..wakaka..singgah jap kat pantai Kemasik..siyes uols pantai cantik giler..angin kuat da tak sepoi2 bahasa da..ombak pun kuat macam tsunami la plak aku tgk..hikhik




macam biasa la pic mummy lebey banyak dari najwa..haha..ekceli kat sini (pic atas) tak sesuwai kalo nak mandi..sebab ombak kuat giler kay..bahaya..tapi kalo nak mandi gak kita gi kat sebelah sana sikit (macam pic kay bawah ni)..




air pantai yang bersih..tapi aku tak suka mandi laut..sebab air masin..nanti mata jadi merah2, kulit itam2..hakhak..okeh tu ajer aktiviti semalam..

Tuesday, January 25, 2011

Gemok ke berisi? ke berisi atau gemok..?

Mak aiihh..tajuk entry memang untuk diri sendiri ni. haha..skang ni aku gerun nak naik penimbang..kang terbalik penimbang tuu pulak..skang ni aku da mula rasa tidak selesa dengan keadaan fizikal aku nih..da rasa macam bulat jer..masa skolah menengah sampai masuk u tak penah berat badan aku cecah 60 kg lebey..paling2 koman pun 57 kg jer..

masa training di pulapol 3 taun lepas berat badan aku menten jerk..tapi orang lain bertambah kurus..giler2 kurus. ye la sebab training polis ni penat wei..asyik berlari2 jer keje nyer..takder makna nak feeling2 sinderella..bila da penat makan pun tak berapa lalu kan..tapi tu orang lain..aku tak, okeh..bagi aku makin aku penat berlari2 makin aku terasa lapar..kadang2 masa tengah berkawad tuu sempat lagi aku feeling2 lauk ayam masak lemak cili api yang tukang kantin masak tuu..haha, buruk lantak tau aku ni..tapi tak pe, masa tu menten 55 kg dengan ketinggian 165 cm..okeh!

sejak mula da keje ni la aku naik lemak sikit..sebab keje tak sepenat training..keje dalam ofis jer dan kadang2 ada gak kena keje luar..tak berpeluh langsung keje dalam ofis ni okeh..berekon plak tuu..masa bujang suka jogging tapi bila da ada anak ni sowii la wei nak berjoging ke apa ke..

ni pic terbaru;





double chin..isskkh
erm..nak wat camne..malam asyik makan..makan nasik okeh..ni papa punyer pasal la ni..nak temankan dia makan aku pulak yang termakan..wakaka..salahkan suami sendirik..alasan jer tuu..kesimpulannyer skang ni nak pulun kuruskan badan la...haha..agak2 berat aku skang berapa ek? 67 or 68 kg kot..tak ideal langsung..huhu

Tunaikan Janji

Sabtu lepas aku dan my hby pegi kedai letrik nak beli perkakas letrik la..hee..nak beli satu dua benda untuk umah tapi beli satu jerk sebab yang satu lagi tak mengikut citarasa mak datin nih..tetiba..wakaka..perkakas umah aku kan banyak lagi yang perlu dibeli..yola dulu duk berjauhan so eksen macam orang bujang je la..guna mana ado..skang ni da menetap bersama kluarga terchinta maka situasi tu lain sikit la..hihi..

pegi kedai letrik seng heng kat bandar chukai utama ni haa..beli la vacum jenama electrolux..kaler merah lagi..


aku suka brand ni sebab fungsi dia bagus dan yang penting rege tak mahal mana pun..mampu dimiliki oleh semua golongan..eceh, nak jadik jurujual plak..hikhik

lepas tu papa kata beli la terus adiah tepon untuk epul (anak sedara aku)..aritu kan aku da janji nga epul nak adiahkan tepon kat dia sebab dapat cemerlang dalam PMR..tapi aku gitau papa tunggu mummy dapat gaji dulu la..dia suruh beli gak guna duit dia..katanya sama jer duit saper2 pun..so, tanpa buang masa kami terus pegi kedai tepon kat area situ gak..maka ni jer la yang mampu aku beli pun..

sony ericsson
 untuk budak2 tengah sekolah da elok sangat da..tak perlu bagi yang mahal2..nanti dorang ni asyik demand benda yang mahal2 jer nanti..masa serahkan fon ni da berbakul2 pesanan aku dan my hby titipkan buat epul..
'belajar rajin2..dengar cakap orang tua...jangan asyik nak joli walaupun nak SPM lambat lagi..macam2 lagi la pesanan dari penaja ni..haha

kemudian my hby kata nak pegi mancing udang plak petang ni..nak gi dengan epul..ekceli ni la hobi dia selain berkebun (kunun)..tapi sejak aku pindah kemaman ni da setaun dia tak gi mancing ikan..yo la takkan nak tinggal bini dia dan anak kat umah plak..nanti aku bowing..hehe..disebabkan peralatan mancing udang takde lagi maka kena la beli..duittt lagi..huhu..tak per la minat dia takkan nak halang. lagipun guna duit dia kan..kuikui..ni la benda yang dia bersungguh2 beli aritu..

sebahagian yg dibeli..
 petang tu dorang berdua pegi mancing dalam kul 3 pm lebey..balik kul 6 pm lebey..asar pun da nak balik..solat pun semput2..ishkk...tapi sekor udang pun tak bawak balik..cian my hby asyik kena sindir nga bini dia jer..haha

Alhamdulillah..Impian jadi kenyataan

Semalam masa aku duk bizi2 kat ofis tiba2 aku dapat mesej dari bpp:15888 memberitahu bahawa loan perumahan aku da lulus..ekceli terkezut gak sebab aku tak bajet akan dapat mesej dari bpp..mana taw kot2 ah long ke ape ke..hak hak..alhamdulillah..penantian ada penghujung nyer..

aku apply loan akhir november 2010..jan 2011 da dapat taw keputusan dia..skang da cepat prosesnnya..kalo dulu senior aku gitau bpp ni amik masa 3 atau 4 bulan untuk beri feedback..fuhh..lega jap..tapi bajet nak masuk umah tu yang tak 'lega'..hee..so, ni la teratak kami...

pic bulan nov
secoet jer tanah tepi
kami amik end lot (ada tanah lebey bahagian tepi. tak taw berapa kaki-nanti apdet semula)..boley la laki aku berkebun. hehe.. rumah teres 2 tingkat kos sederhana..cukup la buat kami sekeluarga menumpang teduh..tak mahal dan tak murah..sedang2 sajer ya. nama taman ni ALAM PERDANA PASIR SEMUT, BINJAI KEMAMAN'..kat sini aku dimaklumkan akan didirikan sebanyak 5000 unit rumah (pelbagai jenis umah). disebabkan aku tinggal menyewa maka kami suami isteri diskas nak beli umah di kemaman ni..rugi asyik duk bayar sewa kat orang jerk..walaupun kami anak jati klate tapi buat masa sekarang di sini la tempat kami mencari rezki..untuk hartanah yang seterusnya niat nak beli di tempat kelahiran pulak..(masa menentukan)...

nilai hartanah di kemaman ni sangat tinggi..kos hidup tinggi disebabkan kemaman kaya dengan sumber minyak (carigali petronas)..ni kot puncanya nilai tanah melambung kat sini..kalo diperhatikan rege umah kat sini tak masuk akal walhal hanya jenis semi-d, teres dua tingkat..gerun tengok regenyer..korang bayangkan teres dua tingkat jenis luxury (4 bilik tidur-corner lot) cecah setengah juta compare dengan umah jenis yang sama di tempat kelahiran aku (pasir mas) hanya rm 250k saja..malah lagi besar dan cantik2 design nyer..fuhh..memang tak berbaloi..

berbalik kepada teratak kami ni ekceli ianya pilihan kedua..yang pertama tu umah jenis yang sama di taman yang sama cuma blok yang berlainan..pastu dari segi keluasan tanah tepi tu yang berbeza ialah umah sekarang ni jenis menyerong..umah yang mula2 nak beli tu tanah tepi jenis lurus..aku tak jadi amik yang mula2 tu sebab pemaju gitau ianya berkongsi lot dan bpp tak boley nak wat loan tu..hanya untuk loan bank saja..so, terpaksa la amik umah yang kedua..tak per la, janji kami puas ati..kebaikan teratak kami ni banyak:
  • umah mengadap matahari naik..so, petang2 umah kami tak panas..
  • umah mengadap padang permainan..betul2 strategik..mesti petang2 riuh rendah skit dengan budak2 lepak dan main2 kat situ..najwa leh tumpang sekaki..hikhik..
  • padang permainan di tengah2..so, blog2 lain mengelilingi padang tuu..feel lain skit daripada ngadap semak samun..(macam umah sewa skang,kiri semak, depan semak..jauh dari jiran tetangga pulak)

kami target nak menetap kat kemaman ni dalam jangka masa 10 taun..insyaallah..segala2nya Allah yang tentukan..banyak perancangan kami kat sini..cuma simpan dalam hati..haha..

Friday, January 21, 2011

Pasar Petang @ Binjai

Pegi pasar petang2 ni memang kesukaan aku..korang penah?hikhik..kat kemaman ni best taw sebab boley makan ikan fresh2, sayur fresh2 dan macam lagi..biasanya bila gi pasar aku angkut family satu umah..sambil2 beli lauk-pauk sambil2 merendeq..he..

okeh, pasal pasar Binjai ni dia bukak petang. pagi tak bukak kay..aku rasa start bukak kul 3@4 pm kot..tak sure sebab aku selalu pegi kul 6pm..ye la tunggu papa balik dari keje dulu la..ramai boley tahan la pengunjung nyer..



ayam proses segar pun adaaa..
ni makcik tengah membeli..tapi pic ni diambil 2 ari lepas la..hehe

 

pakai t-shirt jer nampak gomuk
tadaa..sengallll...he..naper skit bonar beli lauk tuu?sebab aku beli untuk 2 @ 3 ari jer..bukan stok seminggu @ sebulan..haha melampau..pasar ni dekat sangat je ngan umah aku..beberapa minit jer da sampai..ari2 pun boley pegi tapi masa jer takdak..

ni ruang dalam pasar tu..ekceli pasar ni da masuk berita TV3 pasal ada keretakan pada struktur bangunannya..tapi ntah ler..mayb tak ketara kot..


ni ruang luar bangunan..
sebelah sana tuu ada gerai berderet2 orang meniaga makanan siap..laksa, bubur, goreng pisang kopok dan macam2..sebab tu aku suka gi pasar ni sebab kalo aku malas masak aku pujuk papa gi pasar ni..cepat gi beli cepat boleh makan..wakaka (pic kedai berderet tu aku tak amik..hehe)

bagi aku kemaman ni senang nak carik makan..tapi kena ikut selera orang sini la..kalo nak kira makanan sini tak begitu menepati selera aku tapi dari takde langsung ni kira boley laa..aku sajes kat orang2 yang ado di sekitar bandar Chukai ni kalo korang malas nak masak aper kata gi terjah jer pasar Binjai ni petang2..hehe..

okey, sekian...

Wednesday, January 19, 2011

Diet dengan sengwich

Tajuk tak boleh blah..haha..malam ni aku kepingan nak makan sengwich..(sebenarnya da dua tiga ari tapi duk tahan2..haha)..ni nak kata diet tak jugak sebab petang tadi da bantai makan nasi sepinggan.hikhik..so, malam ni ada kerajinan yang terlebey skit..apa lagi tengok bahan sumer ada aku buat la walaupun ala kadar jer..

layan jer la pic ni..

roti gardenia
sardin dilenyek

bawang merah, timun,cili, limau nipis

campak jer dalam mangkuk sardin
pastu perah limau nipis..ikut korang la nak masam ke camner ke..haha..pastu leh la tempek di roti..

tadaaa..sangat simple..tapi kalo makan kenyang wei..hikhik

Tuesday, January 18, 2011

Melaka-Part II

Sambungan holiday di Melaka..malas nak taip entry. tengok gambar je la..hehe

nak check out
posing di lobi otel sat..

kota A.Famosa

bernazar..suka2 jer

jumpa minah saleh, ajak bergambar..kat lua shantek dia..

last session
 kami kat situ sampai pukul 2 pm jer..pastu cabut ke rumah member papa..makan t.ari kat sana..fuhh fenat..

p/s: lenkali kalo gi lagi kena pakai sandal ke sneakers ker..sakit kaki den pakai hill..lupa nk bawak daa..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers