BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 16, 2011

Najwa Punyer CD

Salam..
Ini bukan CD Player yer..ini pasal Cloth Diapers (CD) Najwa yang aku pakaikan pabila di rumah malam hari. CD ni da lama femes taw. aku belikan untuk najwa masa aku mengandung aritu. beli online jer! cukup senang..tup2 da sampai depan pintu umah..haha. ada 10 pcs jer. tapi beli owner berlainan la. 6 pcs jenama cina ( Coolerbaby) dan 4 pcs jenama Dayana. kedua2 jenama aku beli yang boleh kuar masuk insert...ada faham?

tapi ada sedikit perbezaan dari segi kesedapan memakai walaupun bukan aku yang pakai. hee.. macam coolerbaby tu dia sedikit kecil berbanding dayana dan nampak cute bila najwa pakai. tapi disebabkan ada butang kita boley laras mengikut size baby. tapi kadang2 bocor gak..huhu. aku beli aritu 6pcs dalam RM 100 lebey..tak ingat la pulak rege dia..dayana plak jenis tampal gitu dan bercorak membuatkan aku sangat teruja..bukan najwa yang teruja kay! rege RM 45/pc..mahal skit berbanding coolerbaby tuu..sangat comey bila najwa pakai time dia merangkak..hehe




pic kat atas tu jenama Dayana..yang Coolerbaby macam ni..

pic gugel

contoh insert
 cara nak basuh dia sangat la senang tapi memerlukan semangat yang tinggi..tetiba! cara aku basuh:
  • kalau najwa beyak kena buang dulu la najis tu..mula2 tarik insert keluar baru senang nak basuh najis..lepas da buang najis sental sikit bagi ilang kaler kotoran..insert tu tak kena najis pun cuma ada kesan kaler kotor tu..basuh nak perah dua atau tiga kali..sesetengah orang geli nak basuh basuh..tapi da anak sendiri apa nak digelikan..ye tak?
  • kalau setakat dia kencing aku letak jer dalam baldi..kumpul dulu dua atau tiga helai baru aku rendamkan..tak berbaloi nak basuh satu-satu..oppss rendam dengan air biasa jer jangan letak sabun dulu..

  • macam biasa la perahkan CD tu bagi ilang bau hancing baru masukkan dalam laundry net

pastu baru masukkan dalam mesin basuh bersama-sama pakaian lain (pakaian baby sajork)..kalo tak perah buang air kencing nanti pakaian lain bau hancing..

ni fakta pasal CD (petikan dalam satu artikel):
1. Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia seperti:
Dioxin - Menyebabkan kanser
Sodium Polyacrylate – Berupa gel yg sangat menyerap. Kandungan bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon kerana boleh menyebabkan Sindrom toxic shock.
Tributyl-tin (TBT) – toksik yg blh menyebabkan masalah hormon kepada manusia. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil. Bahan kimia tersebut juga boleh menyebabkan asthma, penyakit kulit (eczema), dan kerosakan otak.
Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Diaper

2. Lampin pakai buang merupakan 50% daripada sampah domestic rumah dan mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.

3. Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi yang menggunakannya.

*aku still pakaikan najwa pampers biasa tu tapi bila hantar dia kat taska..sebab aku tak yakin pengasuh boleh buat macam aku buat..kalau najwa beyak camner?takkan dorang nak cuci..ye tak? lagi senang bekalkan pamper pakai buang..

tapi memang bagus untuk baby sebab aku perhatikan bila aku lambat tukar CD takder pun ruam2 kat punggung najwa walaupun CD tu da basah lencun sebab da cecah 9 jam..(tido malam kadang2 lupa nak bangun tukar..sedar2 da pagi) =p..berbanding kalo pakaikan dia pampers biasa tu kalo lebih 5 jam dan kerap sangat macam tu mula la timbul ruam kat pet2 najwa..(najwa bukan jenis kulit manja)..

dan yang paling best..>>
Kos lampin pakai buang (Drypers, PetPet) untuk seorang anak sejak lahir hingga 3 tahun adalah:
Kos sehari:
RM0.60 x 6 keping = RM3.60
Kos Setahun:
RM3.60 x 365 hari = RM1,314
Jumlah= RM1,314 x 3 tahun
RM3,942

aku pakaikan najwa pampers Huggies..size L ada dalam 30+ keping..sebungkus dalam RM 35+..aku beli stok 3 bungkus untuk sebulan..dalam sebulan tu cuma yang habis guna 2 bungkus lebey jer..makna nyer dalam sebulan kos untuk pampers kurang dari RM 100..kan da jimat..

bajet untuk pampers da boley masuk tabung..hehe..

2 SUDI TAK?:

Zefa NorAsmara said...

Rajinnya mummy najwa nak basuh2.. ibu Yusuf & Maryam x berapa rajin.. jd pakai drypers je.. hehe, skang dua2 dah besar dah sekolah.. (hmm, dulu2 masa dorang baby tak jumpa lak cd tu..)

rusz said...

anak br sorang kak..rajin ler..hehe