BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 25, 2011

Alhamdulillah..Impian jadi kenyataan

Semalam masa aku duk bizi2 kat ofis tiba2 aku dapat mesej dari bpp:15888 memberitahu bahawa loan perumahan aku da lulus..ekceli terkezut gak sebab aku tak bajet akan dapat mesej dari bpp..mana taw kot2 ah long ke ape ke..hak hak..alhamdulillah..penantian ada penghujung nyer..

aku apply loan akhir november 2010..jan 2011 da dapat taw keputusan dia..skang da cepat prosesnnya..kalo dulu senior aku gitau bpp ni amik masa 3 atau 4 bulan untuk beri feedback..fuhh..lega jap..tapi bajet nak masuk umah tu yang tak 'lega'..hee..so, ni la teratak kami...

pic bulan nov
secoet jer tanah tepi
kami amik end lot (ada tanah lebey bahagian tepi. tak taw berapa kaki-nanti apdet semula)..boley la laki aku berkebun. hehe.. rumah teres 2 tingkat kos sederhana..cukup la buat kami sekeluarga menumpang teduh..tak mahal dan tak murah..sedang2 sajer ya. nama taman ni ALAM PERDANA PASIR SEMUT, BINJAI KEMAMAN'..kat sini aku dimaklumkan akan didirikan sebanyak 5000 unit rumah (pelbagai jenis umah). disebabkan aku tinggal menyewa maka kami suami isteri diskas nak beli umah di kemaman ni..rugi asyik duk bayar sewa kat orang jerk..walaupun kami anak jati klate tapi buat masa sekarang di sini la tempat kami mencari rezki..untuk hartanah yang seterusnya niat nak beli di tempat kelahiran pulak..(masa menentukan)...

nilai hartanah di kemaman ni sangat tinggi..kos hidup tinggi disebabkan kemaman kaya dengan sumber minyak (carigali petronas)..ni kot puncanya nilai tanah melambung kat sini..kalo diperhatikan rege umah kat sini tak masuk akal walhal hanya jenis semi-d, teres dua tingkat..gerun tengok regenyer..korang bayangkan teres dua tingkat jenis luxury (4 bilik tidur-corner lot) cecah setengah juta compare dengan umah jenis yang sama di tempat kelahiran aku (pasir mas) hanya rm 250k saja..malah lagi besar dan cantik2 design nyer..fuhh..memang tak berbaloi..

berbalik kepada teratak kami ni ekceli ianya pilihan kedua..yang pertama tu umah jenis yang sama di taman yang sama cuma blok yang berlainan..pastu dari segi keluasan tanah tepi tu yang berbeza ialah umah sekarang ni jenis menyerong..umah yang mula2 nak beli tu tanah tepi jenis lurus..aku tak jadi amik yang mula2 tu sebab pemaju gitau ianya berkongsi lot dan bpp tak boley nak wat loan tu..hanya untuk loan bank saja..so, terpaksa la amik umah yang kedua..tak per la, janji kami puas ati..kebaikan teratak kami ni banyak:
  • umah mengadap matahari naik..so, petang2 umah kami tak panas..
  • umah mengadap padang permainan..betul2 strategik..mesti petang2 riuh rendah skit dengan budak2 lepak dan main2 kat situ..najwa leh tumpang sekaki..hikhik..
  • padang permainan di tengah2..so, blog2 lain mengelilingi padang tuu..feel lain skit daripada ngadap semak samun..(macam umah sewa skang,kiri semak, depan semak..jauh dari jiran tetangga pulak)

kami target nak menetap kat kemaman ni dalam jangka masa 10 taun..insyaallah..segala2nya Allah yang tentukan..banyak perancangan kami kat sini..cuma simpan dalam hati..haha..

5 SUDI TAK?:

S.A.L.J.U said...

aii ruzs

mak aii rumah kemaman mahal eh...dh mcm harga pinggiran KL jer.

sha pun sedang menunggu.,,.... menunggu batu menjadi dinding rangka menjadi atap...

beli rumah ni time beli nak sedia duit....dh beli pun lg nak sedia duit...mcm2 perlu utk masuk rumah baru. sesama kite usahakan impian menjadi kenyataan.

:)

rusz said...

tu la sya..sy pn buat setakat yg termampu jer..skang tgh tgu kunci umah sb umah da siap..letrik pn da masuk..

izan said...

seronok kan ada rumah sendiri..mlm td dh tgk entry ni tp dh mamai2 nk komen hehe...nice house.

kami pun tgh cari2 rumah kedua yg bertanah,skrg rumah tgh2 tak best huhu,takde tanah sekaki pun.ingat buat sewa aje.sementara nilai hartanah tak mencanak2 naik,kena cari2 dr skrg huhu.

semoga semuanya berjalan lancar..nnt wat housewarming ajak2 la org sini *tak malu nih mintak di ajak hehe*

**bestnya rumah ada tanah...ni tak sbr ni nk rumah bertanah mcm rus hehe**

rusz said...

baru lulus loan, izan..kunci tak dapat lg..eh, kuantan-kemaman tak jauh mana pun..insyaallah sy xlupa kat izan tu..

tp umah ni kecik jer..tanah pun secoet..hehe

izan said...

takpe la rus,kecik ke besar ke,jnji rumah sendiri kan dan dpt berlindung hujan panas,ewah..tp jelessssss umah rus ada tanahhhhh,uwaaa!!!

nnt la kalau izan ada masa lebih time hasben cuti,bley g sana..kita jumpa,boleh?hehehe