BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 30, 2010

Yang ditunggu dah tiba..

Ini cerita Kamis punyer..masa on da way gi ke bandar tiba-tiba..treett..treett...
'halluu..ni puan ros...ke?
'ye saya..siapa di talian?'(eceh..bohong jer ayat skema gitu)
'saya dari courier bla..bla..bla..'
'owh yer..yer..ok..okeh..okeh..'
haa..semangat giler korang..ni haa excited sebab barang yang ditunggu-tunggu da tiba...lalalala....jom tengok hasil yang ku 'grab' dari englishdecomania..

ni Najwa punyer la..


uishh..budak tecik pun cibuk gak
operasi mengoperet parcel pun jadi sibuk gara-gara si tecik tu..dia bersungguh-sungguh nak menolong..dan hasilnyer aku dapat la 2 benda ni haa..

wall rack house

wall shelf
erm..belian berbaloi-baloi. mujur barang sampai tak rosak..banyak lagi bentuk dan boleh kata macam-macam la ada kat kedai akak tu..kalo bekenan korang leh terjah blog akak tu k..eh, nama akak tu 'kak ros',..hehe


mana nak letak ni..
tak taw nak letak kat ner..nanti-nanti la pikir. lagipun segala hiasan mak nenek yang kecik-kecik tak beli lagi..pelan-pelan la kumpul..leh share idea tak per benda nak letak kat wall rack ni? nanti korang bagi la link kedai yang best-best untukku terjah kay..

Thursday, October 28, 2010

Rajin nyer anak daraku..

Ini adalah cerita ari rabu;
Tarikh: 27 Oktober 2010
Jam: L/kurang 2pm
Lokasi: Rumah ku Syurga ku

Aku tengah solat Zuhur..anak daraku siapa lagi kalo bukan Si Hanim Najwa ni..aku tengah ralit duk solat, dia duk mengemas kain baju dalam drawer. masalahnyer mengemas kain baju yang da siap belipat woo..cuba tengok cara dia duk mengemas..memang lain dari yang lain..



muka tak bersalah

solat pun da tak kusyuk..nak wat camner..dalam ati membebel-bebel la. tapi tak sampai ati plak nak marah dia. budak tecik tak taw apa-apa lagi kan..jawapan nyer, kemas semula ler..adik owh adik...

Tuesday, October 26, 2010

Oyehh...tak sabar rasa nyer..

Malam tadi terima sms daripada 'kak ros' dan diberitahu barang yang aku order akan diposkan ari ni..owh..tak sabar menunggu ketibaan 'nya'..barang per ek?? mana leh gitau..tak seprais laa...tungguuu..



TUNGGUUU

Monday, October 25, 2010

Ratu hati mummy..

Najwa oh Najwa..adik adalah ratu hati mummy & papa..'adik' panggilan manja daripada kami untuknya. sekarang (di saat aku sedang menulis) usia adik da masuk 8 bulan 8 hari..melihat keletahnya membuatkan kami terhibur..membesar di depan mata adalah satu saat yang dinanti-nantikan..

adik terlalu lincah..cergas beraksi. pandai drive da skang ni..(nek walker la!) tempat sukar dan menghalang laluan adalah cabaran baginya..menguji minda bagaimana untuk dia melepasi halangan itu..owh Najwa. kadang-kadang tingkah dan aksinya tidak terjangkau oleh fikiranku..Alhamdulillah Allah mengurniakan kami satu anugerah yang tidak ternilai harganya..




sekarang da pandai tolong mummy mengemas umah..aku nk lipat pakaian, dia pun sibuk sama..nak masak kat dapur dia tolong mengemas pinggan mangkuk atas rak pinggan..kadang-kadang kita ni tak terkejar dibuatnya..waktu nak cuci toilet, dia terjun dengan walkernya dalam toilet tu..aihh..kerajinan adik ni bisa membuatkan mami bertukar jadi ottomen..jangan bertukar jadi raksasa da la..nanti Qayyum (sepupu najwa) tiba-tiba jadi ottomen plak..tak leh jadi ni..kalah kita nanti..haha.

tengok la apa jadi kalo dia main-main dengan papa dia...ishkk





cuba teka topi ke apa tu??plastik biskut daa...alahai anak mummy ni..

ni plak cuba tengok perbezaan fizikal najwa dan sepupu dia..

masa ni sepupu dia (Mohd Razin) berusia 2 bulan lebey..najwa plak 7 bulan..tapi masa najwa 2 bulan lebey lagi besar dari Razin tu taw..terbaru najwa gi check up kali ke 8 (usia 8 bulan) berat najwa 8.5..still balance..
ramai member aku bertanya..'ko bagi makan apa ek kat najwa tu?'ahh..blurr kejap..minum susu macam biasa..makan dia memang juara..selera jerk..setakat ni dia tak penah sakit/demam kawan-kawan..Alhamdulillah la..sihat memanjang..jauhi perkara itu..

kadang-kadang member tanya lagi..'apa pemakanan yang ko amalkan masa preggy kan najwa?' owh..biasa2 jer tapi ada la amalkan sikit-sikit pesanan orang tua-tua..dari segi pemakanan aku makan apa yang boleh dimakan..asalkan tak efek pada baby dan kesihatan aku..tapi ada rahsia gak..nak taw rahsia apa??

tunggu next entry la..saja nak kasi korang tertanya-tanya..haha..dush!dush!...bye..

Sunday, October 24, 2010

Abah oh Abah..

Malam ni kesepian melanda..owh..sedih bercampur keliru.! nak taw kerana apa?kerana...
...

....kerana....

....

UMI & ABAH da balik kampung laa..uwaa..uwaa..aku sedih la. sebab bila balik keje jer rini umah sunyi dan sepi..nasib baik hby balik keje awal..balik sama-sama..tak terasa sangat kesunyian tuu..biasa nya umah akan riuh rendah dengan suara najwa dan atuk nyer yang suka bergurau senda ngan cucu kesayangan..yang suka melayan keletah najwa yang semakin lincah.

Malam tadi umi & abah naik bas Transnasional jam 12.10 malam..eh..kira pagi la kan. hanya hby yang hantar coz najwa da tido dan tak sampai ati nak angkut dia sama-sama. dan pagi tadi jugak hantar najwa semula ke taska setelah 2 minggu dia bersuka ria bersama-sama atuknya di rumah..kalo nak ikutkan aku tak nak bagi lagi umi & abah balik tapi memandangkan nak raya haji ni, abah nak balik tempah lembu katanya..niat di hati nak akikah kan si najwa ni..

tambah-tambah lagi kata abah kalo duk lama kat sini dia jadi patah kaki..sebab tak leh keluar merendeq..eh..eh..round-round amik angin la..hehe..bila kat kampung pagi-pagi lepas subuh dia boleh pegi minum tea 'o' kat warung walaupun air tea 'o' yang umi buat tiada tandingannya..da nama nyer orang laki..nak ke kedai jugak..

petang-petang dia boleh jumpa kawan-kawan berborak dan bentangkan bajet 2011 ke..bincangkan isu-isu semasa ke..ahakss..kalah pak menteri.!atau jugak excercise kayuh basikal 'jepun' dia tu..itu la rutin abah ku bila di kampung.



hepi bila anak-anak balik
 mesti korang tertanya-tanya..'eh tak keje ke abah dia tu?'haa..sebelum korang tanya aku jawab dulu la..abahku ini dilahirkan pada tahun 1938 (ikut pada IC)..makna nyer dia da 72 tahun sekarang..da cukup tua untuk bekerja..tapi alhamdulillah Allah masih mengurniakan abahku kudrat yang cukup utuh untuk ke sana sini..masih cukup gagah untuk memandu kereta dan masih kuat ingatannya terhadap kami anak cucu ni..cuma matanya da kurang power..
abah bersama si bongsu
cukup la selama ini dia bekerja untuk menyara kami adik beradik..tak terbalas rasa nyer..dan sekarang kami adik-beradik berpakat tak nak bagi da abah bekerja..kami memberi kebebasan kepada abah untuk menikmati zaman tua nya sebaik mungkin..cukuplah dengan apa yang ada..apa yang termampu kami berikan padanya..

 Abah oh abah..semoga Allah limpahkan rezeki buat Abah sentiasa..semoga Allah bukakan pintu hati kami anak-anak abah supaya sentiasa taat pada abah..supaya ingatan kami pada abah sentiasa mekar subur hingga ke akhir usia kami..dan supaya kami TIDAK LUPA pada tangan abah yang membesarkan kami sehingga kami berjaya dengan kehidupan kami sekarang..AMIN

Friday, October 22, 2010

Cubaan Berani Mati..

Apakah tajuk entry kali ni? cubaan berani mati? haha..ada-ada ajer la haku nih..ok la, kali ni aku nak becerita mengenai satu produk ni..3ari lepas aku terbaca dalam blog sorang blogger ni...erm, dia memang lawa ler..dan pulak kalo kena dengan kesesuaian produk kat muka tu lagi bertambah lawa..dia mengetes satu produk ni dan katanya produk ni memang tersangat elok la..dan harga pun mampu milik..

So, aku pun dengan penuh bekobar-kobar dan berniat dalam ati ni..eceh..tetiba niat plak! nak la mengetes jugak even produk yang aku pakai skang ni memang la sangat sesuwai nga struktur kulit aku. da nama nyer pompuan kan..pantang la dengar kebaikan sesuatu produk pasti nak mengetes ajer keje nyer..tapi jangan salah paham kay,aku masih setia pada NUTOX kay..cuma ini sebagai satu produk tambahan jerk! korang nak taw tak per benda yang aku duk pot pet pot pet ni..?

tadaaa...

haha..apakah itu? naper blurr semacam jerk? aku sajer jer nak bagi kowang tertanya-tanya..haha..burok tul prangai haku nih..bukan aper, aku baru pakai 3ari...kowang bagi aku tempoh 2 minggu kay untuk dapat result nyer..kalo elok nga muka, aku pecahkan rahsia ni..kalo tak elok...erm...aku pecahkan jugak rahsia produk ni..

tapi saper-saper yang da dapat teka, jangan cuba-cuba gitau orang lain yek..nanti aku dush..dushh korang..haha..tetiba..nak taw aper kebaikan produk ni.?.nanti aku godek-godek dulu info nyer..

k..cekidaut dulu la..

Thursday, October 21, 2010

Hepi Besday Papa..

Arini genaplah ulangtahun yang ke-36 my hby..owh, da tua kan.?hehe..tapi anak baru sowang..kikiki..tapi tak per, rezki Allah Yang Maha Esa yang tetapkan. Ini adalah tahun ke-2 kami sebagai suami isteri celebrate bersama..eh..eh..tak la,baru pertama kali. sebab apa taw, tahun lepas my hby tak der darat, dia offshore maka dengan itu tak der la sambutan memperingati hari bersejarah ini..hahaha..

Tapi tak per la coz tahun ni special skit sebab boleh sambut bersama keluarga terchinta tambah-tambah lagi buah hati kami ada bersama..hari yang bersejarah bertambah-tambah special jadinyer..sambutan tidak la semeriah kita di zaman kanak kan..eh..eh..ada ke? berangan tul aku ni..memang tak pernah celebrate pun besday masa kanak-kanak..kuikui..

Malam tadi ingat nak wat la seprais skit kat my hby tapi...rhupa-rhupanya aku yang disepraiskan. yo la, ada ke patut aku nak gi tempah kek ajak dia sekali..kononnya nak gi kedai kek nak beli roti..mula-mula tu aku yang masuk dalam kedai dan ingatkan dia nak tunggu kat luar jer..dan konon-kononnya aku beli la roti wat mengaburi mata dia..tapi masa aku duk tengok katalog kek tu, bila masa daa dia ada kat belakang! ishk..tak leh jadi betul laki aden ni..orang buat-buat la tak taw istri kat dalam kedai tu ntah buat aper..potong stim betul laa..hakhakhak..

erm, tak per la..asalkan bahagia tak yo..dan malam ni untuk meraikan 'besday man' tu kami berlima pegi makan kat restoren terapung..alah makan benda-benda ringan jerk..sebab sebenarnya da janji dalam ati ni..(eceh..tetiba janji dalam ati) nak bawak umi dan abah makan western food..so, sambutan besday papa najwa berjalan dengan lancar dan sunyi nyer (tanpa nyanyi2..tanpa tepuk sorak)..yang kedengaran cuma rentak pisau dan garfu yang saling berlaga..haha..

so,pic yang disnap pun tak seberapa..da la lampu kat restoren tu malap jer..nak amik pic pun tak da mood..nak melayan peel najwa yang mengantuk lagi, nak menyusu lagi..adeh..nasib bek mummy dia ni tak bertukar jadi hulk..hehe..






Pic besday man satu pc jer..haha..tak per yang penting mummy & najwa mesti over..kikiki..

ok..tu jer untuk entry kali ni..da ngantuk..bye..

Tuesday, October 19, 2010

Mekap2..Kosmetik..

Adeh..arini datang mood nak apdet pasal kosmetik yang aku pakai. jangan salah paham kay..niat murni aku ni nak ber'share' dengan kowang sedikit sebanyak kosmetik yang 'ok'..mayb lepas ni kowang akan mengetes dan jika sesuwaii leh dijadikan produk kesayangan sepanjang zaman..

apa yang aku nak share nga korang ni adalah sebahagian kecil dan akan ditambah dari masa ke semasa..hahaha. ok, let's start..

SET ELIZABERTH ARDEN

set kosmetik ni adalah sebahagian daripada barang hantaran kawin aku aritu (2008)..ha, lama taw tapi still ok lagi. cuma aku da tak pakai lipstik dia tu..warna pink dan red yang sangat menyerlah kurang mendapat tempat di ati ku ini..hehe..aku suka yang soft kaler jer k..tapi dia punya eyeshadow tu kaler dia cantik..aku duk pakai yang tu jer nak gi mana-mana pun..

ok, part compact powder aku pakai produk SimplySiti. sangat-sangat sesuwaii ngan muka aku k..

ni foundation BB Cream keluaran Amy Mascara..masa duk surf tenet minggu lepas jumpa benda alah ni..baca benefit dia ati ni macam nak try plak..so, gi kat tunas manja (kedai lot tepi) terjumpa dan terus beli..tapi isi dalam tu secoet jer..huhu..RM 39.90..tak padan harga..apply kat muka ok jer, cepat meresap..tapi lama kelamaan face jadi oily sket..ermm..rasnya tak best kot ngan aku..tapi takut membazir, nak abis kan jugak sebelum beli jenama len..:-)


yang ni plak make up remover Maybelline..sangat2 best taw! ni ntah botol ke berapa da aku belasah..sebelum tido pastikan muka bersih dari sebarang mekap k..muka bersih jerawat takut nak hinggap..ngeengeh

aku guna gel pengelupasan ni baru beberapa bulan tapi kesannya amat la ummphh..sebab fungsinya sangat lembut..guna la sekerap mana pun..eh..eh..tak la..pandai-pandai jer..biasanya nak scrub muka ni seminggu sekali kan..tapi memandangkan gel pengelupasan Syahirah ni very da soft maka kita leh guan 2 @ 3 kali seminggu mengikut kerajinan la..caranya senang jer..cuci muka bersih-bersih dulu, pastu lap muka bagi keringkan and then apply gel ni mengikut kuantiti yang diperlukan..gosok la pelan-pelan sehingga keluar sel-sel mati dalam bentuk gentelan..da siapp!

pic kat atas tu blusher Revlon Floral pink..kod dia tak ingat (malas nak gi tengok) haha..kalo rasa nak wajah pinky, apply jer blusher tadi..pastu mascara Volume Express by Maybelline..beli baru sebulan lebey tapi tak pakai sangat..rasa macam berat jer kat mata..disebabkan ianya waterproof maka aku malas nak pakai..nak solat susah sebab nak kena cuci guna baby oil baru betul-betul bersih..aku nak cari yang lain..struktur lembut dan senang cuci..mayb L'oreal kot..sebab dulu penah pakai..yang satu lagi tu eyeliner Maybelline..just try ..tak syok sangat..tengah duk usha Mary Kay punya..dengar-dengar macam best jerk..tunggu dan lihat je la..


lipstik kegemaran..Maybelline Watershine..oren n pink..kaler nya soft jer. koleksi lipstik aku tak banyak sebab style aku kalo beli baru yang lama dilupakan..haha.kacang lupakan kulit tul..ahakss..aritu tengok iklan akhak siti kita keluarkan set limited edition bagi kosmetik Simplysiti..gold colour..cantik jer aku tengok..teruja punya pasal aku ajak papa gi Watson nak cari lipstik tu..nampak tak lipstik kaler gold tu? haa..sangat best taw..tapi kalo pakai ngan lipgloss limited edition tu lagi cunnn..tapi aku tak beli la..kikiki

kat sebelah tu yang kaler itam dan isi hijau muda tu adalah lipscrub. aku beli kat Bodyshop..bau sangat best dan ada pudina..sejuk jer bibir.hehe..cara pakai..amik cotton bud dan calit skit balm tu dan tenyeh secara soft kat bibir..jangan ganas-ganas taw..nanti melecet plak bibir tu..hehe..guna dalam 2x je dalam seminggu..tapi aku jenis tak rajin. kadang-kadang sebulan sekali baru guna..apa tujuan? haa..nak bagi clear kan sel-sel mati kat bibir tu..bukan kat muka ajer dia ada taw.!

warna pink sebelah dia tu apa nama nyer ek? lupa daa..ala macam lipgloss gak. aku beli kat Cosway..erm bagi aku tak best kot..hehe..wat hiasan dalam lemari jerk..dan paling best yang kaler putih tuu..bentuk macam ubat gatal tuu..nama Beprosone..haa, yang fungsi macam Vaselline tu..tapi lagi elok dari Vaselline..untuk bibir kering dan mengelupas sangat la berkesan..tak der kat farmasi ni..aku beli kat Klinik Nik Azam kat kampung aku..kalo pertama kali nak beli kena jumpa doktor dulu taw. bukan leh beli sebarangan..


ni jer kot sesi perkenalkan kosmetik ku ini..haha..cekidaut!

Tugasan Penting..

Salam..eh tengok pada tajuk tu macam gerun jerk..haha..saje jer tu, bikin gempak sikit. benda nya tak der segempak tajuk tu..sebenarnya camni, aku memang ada tugasan penting yang harus diselesaikan..ianya berkaitan dengan kerja aku skang ni la..erm, tak yah citer la hal keje tu..sulit skit..ahakss..

so, pada senin (18/10) kitaorang (aku, papa, najwa & my parent) bertolak ke Kuala Terengganu jam 6 pm lebeh da..lewat bertolak sebab tunggu papa balik dari keje dulu la. lagi pun 'keje' aku tu keesokkan harinya..pegi awal tak kalut sangat. memandangkan aku kena ada kat IPK jam 7 a.m so better gi tido sana la malam tu..perjalanan hanya 2 jam jer tapi bila pegi ngan kuarga ni macam-macam la..singgah sana..singgah sini..

kitaorang sampai dalam kul 10 pm..tapi mencari Hotel Sri Malaysia dalam kul 11 pm gak baru settle..sakit ati tul la..bengang dengan my hby jgn cakap la..da taw tak jumpa asyik duk kal 'kawan' dia yang kononya terer bab-bab jalan tu..last skali tanya orang-orang kat situ jer..da jumpa..kang senang!

memandangkan 'sakit ati' yang terlampau ni, bila sampai hotel rasa cuak jer nak amik pic..so, yang sempat amik dalam bilik jer la..layan jer la..








mood tak senonoh masa ni..

check in kul 11 pm dan keesokkan harinya kul 12 t/hari da check out..da pesan kat papa amik pic kat lobi tapi dia lupa kot..selesai 'keje' aku tu kami bertolak balik ke Kemaman..

penat gilerr..nk zzZZZ...

so, ni jer la entry moody..k. bye..haha

Saturday, October 16, 2010

Projek suka-suka

Minggu lepas aku dan my hby singgah di kedai A to Z kat Chukai Kemaman ni. Kedai ni baru buka so sajer-sajer la nak terjah. aku kan pantang nampak kedai-kedai ni..asyik nak menyinggah jer keje nyer. hehe..kedai ni boleh dikatakan menjual pelbagai jenis barang..ada barang plastik, hiasan umah, peralatan dapur dan macam-macam lagi la..nama pun A-Z kan..

so..masa duk pusing-pusing tu 'terjumpa' la wall sticker ni..mula-mula tu wat tak taw jer la..sebab pikir sticker murah bila lekatkan sampai bila jer kan ketahanan dia..eceh..murah jer rejek. tapi kan murah bukan sebarang murah..so,dibelek-belek, ditilik-tilik rasa macam bekenan lak..maka dalam tak nak tu sambar gak 3 pcs..Rm 15 jer..

sampai jer umah dengan semangat nyer telah memulakan projek ku itu..so..hasilnyer kat bawah ek..

hall

master bedroom

laluan tengah
mula-mula try tampal kat hall dulu..ingat nak cat la living room tu tapi bila pikir tak jadi plak..nanti umah sendiri la baru syok..kan..kan..tak der la nampak kosong sangat..lagipun umah aku tak der perabot bagai lagi..

pastu try plak kat master bedroom..kaler pepel very da cun bagi aku la. menyerlah keayuannya..ahakss..tetiba..

yang last sekali kat wall laluan nak gi ke dapur. tapi wall tu nampak kalo kita kat halaman umah..sebab jenis umah aku ni style dia lurus jer..kaler meriah..cantik banget..so, puas ati la soping wall sticker ni walaupun rege nyer hanya RM 5/pc..nanti jumpa yang cantik-cantik nak beli lagi..haha..ok la nak cekidaut dulu..

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011


Salam..korang sumer mesti tertunggu-tunggu kan PM kita umumkan Bajet 2011..aku pun sama gak walaupun sebenarnya tak berapa tunggu..yang aku duk tunggu-tunggu adalah bonus bagi penjawat awam. haha..poyo jer aku ni. so tadi siaran langsung di kaca tv dari jam 3.30 pm hingga jam 6 pm..(ye kot). tapi aku da miss separuh jalan..huhu..tengok jam da pukul 5 pm. jadinyer banyak la info yang ketinggalan..


tapi tak per sekurang-kurangnya melekat gak la kat kepala otak ni. antara bajet 2011 yang dibentangkan ialah:
  •   gaji pokok minimum bagi pengawal keselamatan dari RM 300-RM 400 telah dinaikkan kepada RM 500- RM 700 mengikut kawasan dan akan berkuatkuasa pada Jan 2011
  •  kerajaan memberi kelonggaran kepada pekerja wanita bagi menentukan sendiri cuti bersalin bergaji penuh dari 60 hari ke 90 hari bergantung kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
  • elaun imam dinaikkan kepada RM 750 dari RM 450 pada masa kini dan juga menaikkan imbuhan guru KAFA dari RM 500 ke RM 800 mulai jan 2011
  • pemberian bonus RM 500 kepada penjawat awam (gred 54 ke bawah) bagi meringankan beban sebagai persediaan membeli peralatan sekolah yang akan dibayar Dis 2010. Ia juga layak bagi pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
  • menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum dari RM 360K ke RM 450K
  • kadar tol bagi 4 lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun berkuatkuasa serta merta.
sebenarnya banyak lagi bajet yang dibentangkan oleh PM kita tapi ni jer la yang melekat kat kepala aku ni..sebab mudah nak ingatkan. apa-apa pun kita tunggu surat khabar esok yer..mesti laporan daripada semua akhbar-akhbar yang ada di Malaysia ni dilaporkan secara besar-besaran..

satu lagi yang penting ialah, Tema 'Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi'. 4 strategi yang diterapkan ialah:
  • Membangunkan modal insan
  • Mensejahterakan hidup rakyat
  • Mendaya kembali pelaburan swasta
  • Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.
okeh..itu saja la kot..mata da ngantuk da ni..nak siap sedia baju uniform untuk keje besok plak ni..k, roger..

Thursday, October 14, 2010

Jalan-jalan Cari Makan ( JJCM )

Salam..JJCM? hehe..ni bukan program Salina Chef Wan kay..ni program kami sekeluarga. memandangkan my parent ada di kemaman ni, maka hari cuti sebegini harus lah dimanfaatkan sebaik mungkin. jadi nyer kami (i n my hby) eh termasuk najwa skali la..terajin la nak kuar umah pagi-pagi. bila umi datang maka kami rajin nak gi sana sini..so, pagi tadi kami berempat (tak termasuk abah) nak gi pasar cari lauk -pauk untuk seminggu dan sambil-sambil tu leh gak menjamu selera..sambil makan sambil nengok ragam orang..

naper abah tak ikut? erm..lepas solat subuh dia tak mau bangun plak..k la, beli bungkus jer kat dia..so, tempat yang dituju Pasar Besar Chukai. tapi sebelum gi borong lauk-pauk, sayur-mayur harus la gi sarapan dulu..tempat sarapan di belakang pasar tu jer. kedai dia jenis berderet-deret tu..macam-macam ader..nasi minyak, satay, roti canai, nasi dagang, kuih-muih..haa, banyakkkk.

apa nak makan ni? aku rasa macam nak makan semua jer..haha..mata tengok sumer tu sedapp jerk. so, pilihan terbaik makan nasi minyak+ayam goreng panas-panas..umi makan benda yang sama tapi last-last tu mintak lagi roti canai kosong..my hby makan satay jer..tapi yang demo tu semua aku bedal gak..kesimpulannya pada pagi tadi aku menang sebab paling banyak makan..haha..da..da..asyik citer makan jer..

lepas siap isi pewut kami terus ke agenda utama..mencari lauk-pauk.. so, layan jer la pic yang sempat di snap ni..

umi duk pilih sayur..

banyak nyer memborong..

uikk..kalut nyer!

najwa ralik tgk kucing..

tgk jer tak puas ati..nak duduk
mula-mula pergi bahagian sayur-mayur..banyak sangat pilihan..pilih la yang mana jer yang nak..haha. tapi sempat sambar seikat petai..ulam-ulaman ni awet muda taw! ahaksss..

hasil rembatan sayur..






lepas bahagian sayur, tuju plak tempat jual ikan. sini suasana dia bising sikit..acara laung-melaung..hehe..tapi ikan, sotong, semua la segar-segar belaka..macam nak kaut semua jer..aku kan tamakk

jom beli ikan..

suasana pasar..


nak tengok tak apa yang ada? jom-jom..
besar nyer ikan..sotong katak tu..besar giler

beli kepala ikan merah..sebelah rm 15

sotong jarum..rm 7/kilo..ada telur taw
haa..kalo datang pasar kan, macam-macam la nak kan..tapi bab nak masak liat sikit. sejak umi ada kat umah ni, aku tak sempat masak lagi..asyik dia jer masak..(padahal aku malas) hahaha..buruk bonar prangai eden ni..hikhik..

k la, ni ajer la untuk santapan korang dalam JJCM ni..jumpa lagi di lain masa pada hari dan waktu yang sama di TV3..haha tetiba..k, cekidaut..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers