BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 28, 2011

Hepi besday sayang mummy..

Ni entry ditulis minggu lepas...baru nak publish..hikhik
Lately ni aku memang sangat bizi..sampaikan besday anak pun tak sempat nak celebrate..tambah2 pulak bila tau abang aku si celepek akan datang ke sini jumaat ni..pikir punya pikir alang2 dia da ada sini baik kami celebrate skaligus la kan..

berbalik kepada tajuk entry, maka 18 feb 2011 genap la usia najwa SETAHUN..macam2 rintangan dan dugaan dalam membesarkan sorang anak tu..ni baru sorang taw tapi da rasa tak terkejar..camner la agaknya ibu2 yang ada ramai anak, berderet2 pulak tu yang kecik2 nyer...sungguh mencabar kan..tapi inilah yang dinamakan kehidupan..setiap laluan perjalanan dilalui dengan penuh sabar dan tabah..dan ganjaran PAHALA yang menanti amat besar..

ni pic sekitar feb 2011.. keletah si tecik





ni pulak najwa dimekapkan oleh sepupu dia..yang kelakarnya masa si along nak mekapkan, najwa diam jer..dengar arahan pulak tu..nak sapu eyeshadow, pakaikan lipstik ikut jer apa yang orang buatkan kat dia..ke adik minat nak mekap macam mummy??hikhik..



peristiwa yang tak boleh lupa masa dia hampir2 tertelan mainan sebesar dadu..masa tu dia di taska..papa dia datang amik petang lepas balik dari keje dan tengok mulut si najwa berair jer..nampak pelik sangat..lepas tu ternampak ada benda dalam mulut dia..rupa2 nyer tu mainan budak2 lain yang bawak gi taska..eiii, masa aku taw citer tu rasa seram2 sejuk, marah dan terus mesej owner taska..hanya ucapan maaf yang diucapkan kat aku..tapi kalo benda lebih buruk yang terjadi adakah 'maaf' itu boleh mengembalikan nyawa?? aku maafkan cuma terkilan dengan sikap cuai pengasuh2 di situ..dan rasa kecewa sebab si owner tu sendiri sebenarnya tak pantau pekerja2nya..sikap lepas tangan macam ni tak harus ada oleh seseorang owner taska..

peristiwa kedua; najwa admit wad disebabkan demam yang tak kebah2..setelah x-ray dilakukan doktor memberitahu bahawa paru2 najwa telah dijangkiti kuman..tapi mujur la tahap sederhana dan segera dibawa ke spital..dalam tempoh hampir 2 minggu najwa demam da 3 kali aku bawak dia gi klinik dan spital..tapi doktor cuma bagitau demam biasa..huhh??sabar je la



umi aku datang dari kampung..dia pantang dengar anak cucu sakit sanggup datang ke sini nak jaga cucu sementara betul2 sembuh..bila najwa da ok, dia balik semula ke pasir mas..aku letak najwa semula kat taska..3 ari lepas tu, najwa muntah2 dari jam 2 pagi hingga ke subuh..aku risau sebab duk pikir kuman dalam paru2 dia kembali menyerang ke?..pagi tu jam 7.30 pagi aku dan hby bawak dia terus di ke bahagian kecemasan..dalam duk tunggu giliran tu da 2 3 kali najwa muntah..nasib baik masa menunggu tu tak lama..bawak jumpa doktor tapi dia cakap najwa ok, najwa muntah2 tu sebab terlalu aktif..whattt?? tu jer jawapan doktor..aku cakap da 8 kali najwa muntah2 dari jam 2 pagi ke saat aku jumpa doktor..aku gitau maybe najwa keracunan tapi doktor menyangkalkan apa yang aku cakap..dia just bagi air garam..huhh!! ok fine, xpe..sabar lagi..

lepas seminggu peristiwa tu, aku diberitahu oleh kerani tempat aku kerja, anak dia telah muntah2 masa balik dari taska (taska sama okeh)..korek punya korek cerita rupa2 nya kejadian anak dia muntah2 tu sama masa najwa muntah2..baru aku tau sebenarnya budak2 yang makan di taska aritu semuanya kena keracunan..masyaallah, kenapa la dorang nak sembunyikan hal ni..

lepas jer tau pasal kes tu aku serta-merta gitau owner yang aku nak hold dulu najwa ke taska..aku gitau umi aku datang sini nak jaga..sebenarnya dari hari aku tak hantar najwa hingga la ke saat ini aku mintak anak sedara aku yang menunggu result s.p.m yang tolong jaga dulu..dan dari kejadian tu jugak akak kerani tu terus berentikan anak2 dia di taska tu padahal baru sebulan dia daftar anak2 dia kat situ..kadang2 memang sakit ati mengenangkan sikap pengasuh ni..da la taska tu kotor, budak2 main merata2..tidur pun gelimpangan jer..nak marah tak sampai ati..kalo ditegur mulala tarik muka..pastu bila tak suka kita, anak kita pulak yang jadi mangsa..macam2 peel orang nii..

alhamdulillah, najwa sekarang da sihat sepenuhnya..bertambah aktif dan mula bertatih..paling banyak dia melangkah 10 langkah..dan yang tak tahannya sudah pandai panjat2 laa..



3 SUDI TAK?:

Gadis Kampung said...

GK cari kolum chat room tak dak...kalo ada senang nak sembang...GK tak nah lg jadi tak leh upload gambar...kalo tak silap GK nak letak gambar byk mana pun dalam blog tak jadi masalah pasal semua entry GK wajib ada pic tak nah lagi jadi problem tak leh nak upload...

GK rasa masalah rusz nie disebabkan:
1) kebanyakan picture rusz bersaiz besar kot...selepas nie kalau nak upload gambar buat resize dulu ye..
2) mungkin masalah server kot...dulu GK penah juga jadi macam tue sebab guna broadband upload selalu error...

Rugi kalau setup email baru nanti url blog nie burn macam tue je...

Ogy said...

happy belated bisday kat budak comei tu ya..Kiss pipi kiri kanan utk dia..dr mama :)

Sharinginfoz said...

nasib baik tak tertelan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers