BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 7, 2010

Rombongan cari baju raya..

Jumaat lepas kitaowang terjah ke kuantan lagi. Tapi kali ni bukan bertiga tau tapi berempat..!siapa sorang lagi tuu?owwh..budak tu..budak tu la..kawan my hby la ikut. papa mintak member dia temankan. aku tak kisah pun. tapi nak jadi cerita aritu aku punyer la tak larat. demam punyer pasal la ni. balik dari majlis berbuka puasa di kediaman PDRM aku terus rasa lemah2, tak larat dan malam tu tido menggigil2 kesejukan. tapi gagah jugek pegi. kalo tak pegi masa tu mayb da tak der masa la kan...

kitaorang gerak kul sebelas pagi. gi amik member dia dulu kat umah baru la menuju ke kuantan. sampai sana da masuk solat jumaat da..dorang berdua tak sempat da nak solat jumaat..tak per la nanti cari surau dalam soping komplek tu ..mula2 kitaorang terjah kamdar. niat nak cari baju melayu papa tapi pusing2 dekat sejam kat dalam tu tak der yang menarik pun. terus tuju megamall lak tapi aku tengok langsung tak der suasana raya..macam tak best jek!! da la banyak kedai lot tutup. so, ajak papa terus gi East Cost Mall (ECM) lak..

kat parking kete mega mall
byk tol lot kedai yg tutup..x besh la..kat mega mall la ni
aku bersweater..sejukk tak hengat k
after soping..mmg xlarat giler time ni.
memandangkan aku demam dan ianya semakin menjadi2, so kitaowang just carik brg2 yang memang dalam list je la. da tak larat da nak window ke aper ke. najwa plak asyik meragam jerk. lagi pun dia memang tak berapa sihat lagi sebenarnya. so ke kuantan itu hari adalah memenuhi matlamat la..

apa yang dicari spt henbeg, high hill, baju melayu dan barang tambahan najwa adalah TERCAPAI. macam high hill tu aku bekenan jenama carlo rino je. rego rm 78 (xder less). tu pun beberapa kali ngetes da. henbeg plak beli yang murah2 jek jenama rucini rege rm 122 (after less). ok la tu daripada aku beli yang beratus2. mau menabung dulu kalo nak dapat yang rege nyer mengancam..bukan kedekut tapi sayang duitt..haha.boleh gtu?? baju melayu papa lak rm 168 (ni pun xder less). niat nak cari

so, aktiviti mengsoping aritu berjaya disudahkan tepat jam 5pm..badan da rasa lemah2 ni. da tak larat giler da.papa sajes kitaowang berbuka di area beserah je la. so, kul 5.30 pm kami gerak nak balik da. restoren tu on da way nk ke kemaman. so, senang la kan terus berbuka kat situ. papa singgah dulu kat restoren tu (tak hengat nama per ek?) untuk booking meja n order lauk pauk terus. lepas tu kami gi ke masjid untuk solat asar dulu..

lepas berbuka bagai kami gerak semula ke kemaman. dalam sejam sampai la umah dan tiba2 demam terus jadi semakin serius. papa sempat usik lagi 'mummy time soping segar jerk, bila da abis soping terus jadi macam bateri yang tak dicas.' haa korang amik muka haku..kena perli jek. haha..lantak la..apa yang penting separuh misi raya ni da terlaksana da..hikhikhik..

Sunday, September 5, 2010

Majlis Berbuka Puasa PDRM..2 Sept 2010

Salam..
Ari khamis lepas ofis aku mengadakan Majlis Berbuka Puasa di kediaman PDRM Bukit Mentok Kemaman dan dif2 jemputan of coz la KP Terengganu dan ramai lagi pegawai2 dan anggota yang terlibat. Kali ni IPD Kemaman adalah tuan rumah yang menganjurkan majlis berbuka puasa ini. Aku adalah salah seorang daripada wakilnya sebagai penanggah bagi majlis tersebut.

Aku bergerak ke sana dalam kul 5.30 pm. kena gi awal la sebab nak tolong aper2 yang patut. Majlis dibuat dalam dewan kediaman PDRM tu la. Sampai jek di sana aku tgk da banyak persiapan dibuat. aku ingat aku orang yang last sampai tapi rhupa2 nyer orang dekat pun datang lambat..per citer??

Kali ni tak banyak snap pic sebab mana nak dan..nak menghidang bagai, nak betul2 meja kerusi..kang marah lak orang lain yang nengok nyer..aku da pikir da kat sana nanti tak sempat punyer nak posing, so sebelum bertolak aku belasah posing dulu..heh heh..


preparation..
meja vvip
tetamu vvip..

helmet mengkaver pewut kay..

majlis selesai kira-kira selepas solat terawih tetapi aku terpaksa balik awal coz najwa tak berapa sihat. lagipun seharian tak jumpanya susu da bengkak2 da..balik dari majlis tu singgah jap umah abg ipar coz papa n najwa berbuka kat situ. lepas tu balik je umah terus aku ajak papa ke klinik coz nak sambung ubat najwa yang da abis..ni je la kisah tuk arini...........................


Thursday, September 2, 2010

Buka puasa at 2230 hrs..??

Hai uols..ni citer aku malam tadi bab buka puasa pukul 10.30 mlm..eh..eh..masa azan maghrib da berbuka da tapi ala kadar je la..sebabnya aku kje dari kul 4pm - 8 pm. so,terpaksa la berbuka nga member2 dulu..papa kat umah buka sorang2 n najwa terpaksa letak kat taska..nasib baik taska sebelah tempat aku kerja tu open 24 hrs..lega la bagi aku yang keje shift ni..menu buka kat pejabat:

air cendol perisa ubat batuk
kuih 'pulut kaya' terlebih gula
roti jong rm 4 kot..

menu ni papa pegi beli kat bazar ramadhan depan pejabat ku..naper 'air cendol perisa ubat batuk?' erm..sebab da la manis, tak lemak plak tu..leh la telan tapi cara telan tu macam kita telan ubat batuk..paksa2 telan gitu..haha.boleh?? blasah jek..

so,balik dari keje kul 8pm aku terus gi amik najwa kat taska. cian dia..da blur da sebab bila masa mummy dia kje bila masa tak kje..konpius sudah..masa gi amik tu dia baru jek tido..letak dalam car seat n terus pecut balik umah coz malam kang plan nga papa nak kuar makan kat luar je la..

siap mandi, solat bagai kitaorang gerak gi bank dulu la. nak cek duit rm500 tu..duit raya yang kerajaan bagi tuu..haha..buruk bonar pe'el. pantang dapat duit fre cepat jek..berdesup2 gi ke bank..bila cek dalam akaun wahh..da masuk da..kuar sumer duit tu dan bank in balik dalam akaun bank yang lain..bukan aper dlm ati ni duk pikir klo tak pindah duit tu kang hilang laks...ditarik balik ke?leh pikir camtu?? ah,peduli la..tamakkan??

so layan la pic kitaorang masa makan 'berbuka kali ke2'..pic yang poyo2 jek..sebab pewut da lapar malas nak snap byk2..

bulat nyer pipi..
muka tak make up..

Terjah Bazar Ramadhan (2 ari lepas daa)

Semalam kami satu family terjah ke bazar ramadhan tp ini entah ke berapa kali sebenarnya. Kali ni gatai tangan nak citer dalam blog ni..hikhik..Kat kemaman ni lauk pauk yang dimasak tak memenuhi selera aku sebenarnya tapi memandangkan tiada pilihan gue terpaksa la. hohoho..

Masa kitaorang pegi cuaca da tak berapa mengizinkan tapi klo tak pegi kang tak pasai-pasai lak makan roti kang!! papa cakap kita kuar la..mintak2 jangan jadi ribut ke apa ke seperti di melaka itu hari. So kitaorang gerak la nek kete walaupun destinasinya beberapa jengkal jek..so,layanz je la pic yang tak semengah ini..

ujan da lebat..on da way
tekun nyer papa!

erm..jadi la

nampak gemuk giler!!
meredah ujan..

Kitaorang beli apa2 yang patut jek..malas nak pusing2, berasak2 ngan orang ramai lagi, ngan lecah lagi..tak sampai setengah jam kita orang blah..

Tapi papa sempat lagi singgaj tepi sungai..konon2 nak tengok view, amik2 gambar..erm...layan je la
adik..naper masham jek muka?

papa control ayu..

Lepas amik2 pic sumer kitaorang blah la..nasi pun belum masak lagi ni..per citer??

Monday, August 30, 2010

Paderi melayu dari Singapore...

Salam..
Gerun x korang tgk tajuk entry kat atas tu.! Subhanallah...aku xtau apa nak cakap. Dunia kita menghampiri akhir zaman. Mengikut fakta yang aku baca di tenet seramai 1900 orang 'paderi melayu' yang baru tiba di sini dari Singapore...
Kita juga diperingatkan supaya berhati-hati dgn air mineral yang berjenama:
1) AL-BARAMKAH

2) AL- MANSORI

3) AL- BISTARIA


Dan mereka juga menggunakan sihir supaya org2 Islam terpesong akidah..ALLAHUAKHBAR!! Berhati2 lah wahai umat Muhammad s.a.w. Air mineral berkenaan dipercayai telah dicampurkan _ _ _ _ _ WATER...Wallahualam.
p/s: aku memohon maaf jika kenyataan ini menyinggung mana-mana pihak kerana sebagai UMAT ISLAM , kami berhak untuk menegakkan agama Islam dan saling peringat-memperingati..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

hai sumer..sy ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak kepada keluarga tercinta, rakan-rakan bloger, teman2 seperjuangan, kawan2 sekampung dan saper2 yg mengenali diri ini..haha,tiba2 jek aku ni bg ucapan dgn ayat yg skema..tp xper arini kan 1st day puasa so kena la lemah gemalai skit, sopan santun gitu...eceh..kepada muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah, jgn bagi alasan kena gastrik plak..time bukan bulan pose xkena gastrik..pelik aku..jawab..jawab, pe2 pun pada diri sendiri la idok ye..k, la..sekali lagi SELAMAT HARI PUASA. daa..

Tuesday, August 3, 2010

jom wat biz..

da lama rasa nyer x hapdet blog ni..maklum la sume srabut skang ni. line tenet srabut, blog pn berserabut..xtersusun lagi blog aku nih..tp xper,slow2 la cik rus oii..lg pn skang ni bz nga kje (adeh wat2 bz konon) haha..dan yg penting skang ni aku da join biz yg masyuukk punya..insyaallah..aku xmo cakap takbur yg penting aku akan berusaha n terus berusaha..adeh..peling2 laks..
mesti korang tanya biz aper yg aku join ni..jeng..jeng..jeng..aku join HYPROBULKSMS.korang penah dgr x?korang bloger2 tegar pasti penah dengar kan..kan...so,now aku nk konsenteret aku pny biz ni..
saper2 yg berminat leh la koling2 aku, msj2 ker...email2 ker...sambil meniaga sambil tambah kenalan ek..
klik aje mana2 banner kat tepi tu k..
so,aku stop dulu la sebab nk continue kje lak..k,bye...

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers