BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 14, 2010

Jalan-jalan Cari Makan ( JJCM )

Salam..JJCM? hehe..ni bukan program Salina Chef Wan kay..ni program kami sekeluarga. memandangkan my parent ada di kemaman ni, maka hari cuti sebegini harus lah dimanfaatkan sebaik mungkin. jadi nyer kami (i n my hby) eh termasuk najwa skali la..terajin la nak kuar umah pagi-pagi. bila umi datang maka kami rajin nak gi sana sini..so, pagi tadi kami berempat (tak termasuk abah) nak gi pasar cari lauk -pauk untuk seminggu dan sambil-sambil tu leh gak menjamu selera..sambil makan sambil nengok ragam orang..

naper abah tak ikut? erm..lepas solat subuh dia tak mau bangun plak..k la, beli bungkus jer kat dia..so, tempat yang dituju Pasar Besar Chukai. tapi sebelum gi borong lauk-pauk, sayur-mayur harus la gi sarapan dulu..tempat sarapan di belakang pasar tu jer. kedai dia jenis berderet-deret tu..macam-macam ader..nasi minyak, satay, roti canai, nasi dagang, kuih-muih..haa, banyakkkk.

apa nak makan ni? aku rasa macam nak makan semua jer..haha..mata tengok sumer tu sedapp jerk. so, pilihan terbaik makan nasi minyak+ayam goreng panas-panas..umi makan benda yang sama tapi last-last tu mintak lagi roti canai kosong..my hby makan satay jer..tapi yang demo tu semua aku bedal gak..kesimpulannya pada pagi tadi aku menang sebab paling banyak makan..haha..da..da..asyik citer makan jer..

lepas siap isi pewut kami terus ke agenda utama..mencari lauk-pauk.. so, layan jer la pic yang sempat di snap ni..

umi duk pilih sayur..

banyak nyer memborong..

uikk..kalut nyer!

najwa ralik tgk kucing..

tgk jer tak puas ati..nak duduk
mula-mula pergi bahagian sayur-mayur..banyak sangat pilihan..pilih la yang mana jer yang nak..haha. tapi sempat sambar seikat petai..ulam-ulaman ni awet muda taw! ahaksss..

hasil rembatan sayur..






lepas bahagian sayur, tuju plak tempat jual ikan. sini suasana dia bising sikit..acara laung-melaung..hehe..tapi ikan, sotong, semua la segar-segar belaka..macam nak kaut semua jer..aku kan tamakk

jom beli ikan..

suasana pasar..


nak tengok tak apa yang ada? jom-jom..
besar nyer ikan..sotong katak tu..besar giler

beli kepala ikan merah..sebelah rm 15

sotong jarum..rm 7/kilo..ada telur taw
haa..kalo datang pasar kan, macam-macam la nak kan..tapi bab nak masak liat sikit. sejak umi ada kat umah ni, aku tak sempat masak lagi..asyik dia jer masak..(padahal aku malas) hahaha..buruk bonar prangai eden ni..hikhik..

k la, ni ajer la untuk santapan korang dalam JJCM ni..jumpa lagi di lain masa pada hari dan waktu yang sama di TV3..haha tetiba..k, cekidaut..

Nah..Ini dia Pilihanku..

Sambungan daripada entry lepas;

Apabila pencarian produk puteri rembulan di Kemaman ni menemui jalan buntu, aku terus berfikir apakah produk yang sesuai untuk aku yang senang aku dapatkan kat kemaman ni..

Erm..akhirnya aku dapat jugak apa yang aku idam-idamkan selama ni..senang nak jejak.kat Guardian ada, kat Watson berlambak..dengan kata mudahnya bila jer terpikir nak..nak..toinggg sekelip mata aku boleh milikinya.haha

mesti korang tertanya-tanya kan apa la yang best sangat dengan produk ni? eh..eh..sebelum tu mesti korang tertanya-tanya, produk apakah itu?hehe..sebenarnya, produk ni tak der la mahal sangat. kiranya mana-mana golongan pun mampu la milikinya. apa yang penting ianya SESUAI kat wajah kita ni..

nak tau gak apa bendanya ni? eleh..korang ni tak menyempat-nyempat plak.haha..ok, korang pejam mata sekejap k..tunggu aku kira sampai 3 baru bukak mata..

1.....

2.....

3.....bukak mata cepat!!

Tadaaa........

nampak tak apa tu?..apa?? tak nampak..ok,kita fokus k..

ha..ni la dia jenama produk pilihanku masa kini..insyaallah untuk selama-lamanya. eh, aku nak xplen detail tapi masa tak izinkan..leh tak next time jer aku citer..boleh?..boleh?...tak boleh gak aku bolehkan jugak..hehe..

k, la..aku say bye-bye dulu la..kikik

sambung next entry...

Wednesday, October 13, 2010

Alangkah Indahnyer Jika Ia Milikku..

Salam..oleh kerana skang ni aku begitu teruja dengan deko gaya english ni maka dengan tekunnya aku gugel dalam tenet dekorasi2 yang menjadi idaman kalbu. best nyer jika aku dapat realisasikan impian menjadi kenyataan..haha. adakah aku akan berjaya nanti?

erm..cantik nyer
sejuk jer mata memandang
putih bersih





ni kalo gini alamak nyer malas nak kuar bilik..walaupun simple tapi tetap menikam kalbu ni..haha


yang ni sesuai kot untuk aku..ahaksss...

ni jer yang sempat gugel..nanti nak cari plak deko kat tandas..dapur..halaman rumah..akan ku usahakan ke arah itu. simpan duit..simpan duit..pengumuman, mulai arini belanja dapur akan disenarai pendekkan..hahaha..boleh gitu?

p/s: korang..kalo sudi sila bagi kat saya senarai kedai online yang jual hiasan rumah yang cantik2 k..tapi dengan syarat mestilah yang murah..hehe.

Tuesday, October 12, 2010

Tukar background blog

Salam...
Kalo uols perasan, background blog aku da bertukar. skang ni aku guna corak bunga2 rose. ni gara-gara aku skang da jadi fanatik giler kat deco english style ni. skang ni jugak, aku sedang berusaha nak memiliki perabot jenis ni. tapi memandangkan aku masih menyewa makanya kena hadkan seminima mungkin barang2 dalam umah. bukan apa bila nak pindah nanti susah nak angkut ke sana ke mari..

okeh..berbalik kepada blog aku tu, aku terjah blog cik DJ..aku godek2 tutorial yang cik DJ ni buat. so jumpa cara-cara nak tukar background blog. apalagi aku pun try la. dan hasilnya...

taadaaaaaaaa....

corak roses..english style
ni la background aku skang..kalo korang rajin leh gak terjah sini..tapi kan aku ada masalah skit la. kalo korang perasan, aku punya background tu macam kelam jerk..aku nak kaler jernih macam pic atas tu..korang taw tak camner nak ejas ek? kalo sudi, korang ajar la haku nih..sebab aku budak baru belajar..hikhik..

jangan lupa taw..ajar k..paksa ni..haha

Pilihanku..adakah selama-lamanya?

Arini datang mood nak updet pasal produk kecantikan. tapi kali ni about da skin care. bercerita pasal skincare ni sebenarnya ni da kali ke berapa ntah aku tukar2 produk ni. aku mula pandai pasal benda alah ni masa aku sem 1 kat uum dulu. first produk aku try ialah reena's cosmetic. asalnya muka aku takder masalah apa2 tapi sebab gediks nak try atas paksaan member (haha..poyo, salahkan member plak) aku pun mengetes la produk ni. memang elok nga muka aku..

ni produk reenas
beberapa lama kemudian, bermula la episod duka dalam idup aku...

semasa cuti semester aku pegi keje kilang kat johor. sebelum ni aku da biasa keje bila jer cuti semester. tapi masa ni hanya sebulan cuti tapi gediks gak nak keje. kebetulan masa tu kebanyakan kilang shutdown dan aku tak der pilihan terpaksa la kerja di tempat panas, berhabuk..tak kan nak balik kampung semula. alang2 da sampai teruskan ajer la. tapi keputusan yang aku buat itu memakan diri sendiri. bekerja di tempat berhabuk, panas, kotor membuatkan kulit muka aku keluar bintik2 kecil dan gatal. baru kerja seminggu kesannya da menggusarkan jiwa.

ni contoh jer..
tak lama selepas itu, timbul pulak jerawat bernanah. aku makin kalut. pelbagai perasaan ku rasa. bercampur aduk. malunya bukan kepalang sebab ramai yang menegur. 4 ari sebelum kelas buka, aku balik kampung dulu. umi aku membebel sebab rupa aku da teruk sangat da. aku tak taw nak wat camner. malu nyer sebab nak berhadapan nga member2. sebelum ni muka licin dan tak der masalah langsung. nak menyesal da tak der guna da..tawakal je la.

member2 u pulak ramai yang menegur..eh rus, naper muka ko ni?kena campak ke? eiii...grr..geram tul la. ada sesetengah tu segan nak tanya sendiri main pass plak kat orang lain nak tanya pasal aku punyer muka. so, sejak dari itu lah aku bertukar dan terus bertukar kepada pelbagai produk yang ada di pasaran. bertukar mencari kesesuaian. aku penah guna NV, Felisa, Sendayu Tinggi, Citra Ayu..macam2 la. macam2 ada...


NV
Felisa
Citra Ayu

tapi keputusannya amat mengecewakan. mayb lapisan epidermis muka aku ni dipenuhi habuk2 besi sebab tu ia tak berkesan. tapi jangan korang salah paham plak, mayb orang lain pakai bagus kesannya..last2 aku biarkan sajer la. sampai la aku tamat belajar di uum muka aku camtu la..kadang ok sikit dan kadang2 teruk.

sehinggalah tahun 2007 aku pergi training polis, aku berkawan dengan sorang minah ni..haha..nama dia As la..dia sajes kat aku satu toner untuk kecutkan jerawat dan hilangkan parut jerawat. excited aku nak beli..korang penah dengar Dalacin-T? aku pn masa ni first time gak dengarnya. nak beli senang jer, cari la farmasi insyaallah akan ado...

Dalacin-T
sejak guna menda alah ni, kulit aku makin pulih. tapi bau nyer amattttt la tak tahan. bau kuat sangat okeh..aku memang tak tahan. tapi nak elokkan kulit punyer pasal maka terpaksa lah..masa kursus ni cuma menda ni je la aku guna. aku tak nak amik risiko lagi sebab masa kursus kitaorang kena kawad bagai..kulit hangus..so,mana leh pakai apa-apa kan....

lepas tamat kursus aku dipostingkan di k.l. masa ni la aku nak pulih kan kembali kulit muka yang hitam legam tu. aku jumpa plak produk Puteri Rembulan. memang kelass la produk ni nga muka aku. muka da ok, kulit putih bersih dan memang aku berpuas hati la..aku beli di kios dalam pasaraya Tesco Damansara.
Puteri Rembulan
sekarang aku tak lagi guna produk tu. korang mesti tertanya2 naper la aku ni asyik bertukar2 produk..kan?kan? dengar la dulu aku explain..haha. camni, aku mintak ditukarkan di kemaman sebab my hby keje kat cini. aku da cari merata-rata produk ni tapi tak der. sesetengah pekerja kios yang menjual produk kecantikan ni tak kenal pun produk ni. tak penah dengar kata nya..ader ke gitu? kena la alert skit kan..haha tak puas ati haku nih..

so, mesti korang tertanya2 kan apa produk terkini yang aku belasah kan..kan? kan?..nak tau tak? tungguuuuuuuu next entry k..hahahaha..

Saturday, October 9, 2010

cerita lama..PART 1

kali ni n3 aku pasal ceriter lama..cerita dulu2..apa ek?tiba-tiba datang idea sengal nak cerita pasal aku dan my hby. kira ni episod cintan-cintun la. tapi ni cerpen pendek jer taw bukannya novel yang mengambil masa berkurun-kurun nak siap.haha..

aku mengenali si suami ni pada bulan dis 2007 sewaktu aku dalam kursus asas kepolisan. kursus yang mengambil masa 6 bulan untuk ditamatkan sebelum menjadi pejuang negara..haha.poyo giler! ceritanya bermula;
suatu ari di hujung minggu, member aku nama dia zie tiba-tiba jer cadang kat aku satu idea bagaimana nak dapat jodoh. mayb time tu dia tengok aku bila hujung minggu jer melangut, kacau2 orang..da tak der keje nak wat kan. ye la hujung minggu kami diberi kebenaran menggunakan telefon bimbit oleh pegawai kompeni kami..

so, dia tak mau aku kacau dia sembang2 nga boyprend dia, maka dia sajes la kat aku satu 'forum' mencari jodoh. tapi ni dalam fon taw. so aku pun setuju jer la. cara2 dia aku tak ingat da. sikit2 jer la ingat..huh,belit2 plak..kita taip dalam fon tu nak range umur berapa. so,aku letak la 30an-40an. matang skit..eceh..pastu tu nak la kulit hitam manis, baru faveret..lepas je mendaftar menderu2 masuk mesej dari lelaki2 yang nak berkenalan. yang kelakar nyer macam2 jenis ada..yang kerek, yang kalut, yang tergopoh-gapah, yang tua, muda..alahai jenuh nak layan. ada gak yang cakap tak senonoh tapi awal2 lagi gua da rejek..

semua yang nak berkenalan tu aku layan sebagai kawan. tak lebih dari itu. bukan senang nak cari yang betul2 sesuai ngan jiwa kita nih. sampai la satu ari aku terima salam perkenalan dari sorang mamat ni..very da soft spoken orangnyer. tapi ye la dalam fon ni ramai manusi jenis kontrol jerk, berlakon angel gitu. sama gak macam yang lain2 tu, aku layan samarata as a friend.

tapi makin lama sembang makin tertarik ngan karekter dia ni. cakap sopan, kalah aku nih. pastu banyak bagi nasihat. sekali pun tak penah cakap ngarut, lucah2 jauh sekali. kiranya berkawan ngan 'dia' ni mendamaikan ati lak. lagipun dia org satu negeri ngan aku. ermm, layan je la..tapi bila fon kena bagi balik da pegawai kompeni rasa windu tu tiba-tiba jer datang. aku asyik berangan jer. hujung minggu ternanti2 dia kal..haha..nape aku nih, da mabuk cintan agak nyer..konpius ni..kuikui

kami berkawan selama 6 bulan aku training. dia ada hantar pic dia by mms dan aku pn bagi gak la..aku tengok dalam fon tu gempal orang nyer..rambut pacak macam landak la pulak..pakai spek mata bingkai hitam..ala2 alternatif..style biasa2 jer. tapi ati aku ni marasakan bahawa dia ikhlas orang nyer. aku bertawakal jer la. kalo niat kita baik, maka balasan Allah pada hambaNya akan baik..insyaallah.

lagi satu yang membuatkan aku lebih yakin dengan dia ialah dia ni  jenis tak berkira. aku berapa kali jer kal dia tapi aku rasa da beratus da bil dia bayar semata-mata kerana aku. tambah pulak dia sanggup beli topup kat aku. ishk..terharunya! langsung tak berkira dia ni.

dia juga jenis orang yang berterus terang. kiranya cara dia tu wat aku rasa makin selesa. sampai la satu ari tu...bersambung part ii k..haha. poyo giler aku nih. kata cerpen jer. ni da jadi novel plak ni..sowi ye kengkawan bila flashback banyak la pulak benda yang diceritakan tu..haha..layan jer la..nantikan NEXT episod.

Boring duk umah..Jom gi 'Gambang Resort City'...

Jumaat lepas (17/09) kami sekeluarga (bertiga jer) pegi jalan2 makan angin kat Gambang Resort City kat Kuantan. ala tempat yang leh mandi-mandi tuu..dipanggil water park atau taman tema air..ha gitu la. kalo ikutkan da lama kitaorang plan nak gi ke Gambang ni. ye la nak bercuti jauh2 kang banyak halangan plak. nak kena apply cuti lagi..susah skit la nak mecing cuti sama-sama ni..so, jalan terbaik bercuti je la tempat yang dekat2 jerk. lagi pun tempat dekat tak gi lagi da berangan nak gi jauh2.

Malam tu tido awal la. semangat katakan..kang terlajak plak bangun tido. papa kata akan bertolak pagi dalam kul 8 lebey kurang. aku pun sebelum tido berkemas bagai la terutama barang2 najwa tu. letak siap2 barang dia dlm bakul. sok pagi tak der la terkocoh2 plak.

Pagi tu lepas jer solat subuh kitaorang bersiap-siap nak bertolak..'hby, baju basahan tak bawak ke?
' tak yah la mami..tgk kat luar tu gelap jek. kita gi round2 jer la..tak yah mandi la'..so,skali lagi sbg istri yang baik, tak bantah cakap suami ni aku ikutkan saja la walaupun dalam hati ni da lama memendam rasa nak mandi-manda..mayb next time la mandi-manda tu..so, tak jadi bawa baju basahan.

'mami kita brenti makan dulu la. lagipn kita tak kalut sgt pun..'erm..leh la hby lagi pun lapar ni'..lepas makan bagai tgk jam da kul 10 pagi lebey da..tak per la, lagipun bukan nak mandi pn..sampai sana dalam lebey kurang 11 pagi. cuaca mendung2 gitu. tapi aku tengok orang lain datang dgn baju basahan terus..siap bawa pelampung bagai..ala..nak mandi..nak mandi..kuakuakua...

so,layan jer la...

Kat R&R..


Masa kami sampai terus masuk dalam kedai jual souvenir tu. Cari2 apa yang patut untuk dibawa balik. Tapi tak de barang yang berkenan sangat la. Tapi nak amik ati tuan kedai, saya sambar gak topi koboi tu. kuakuakua..harus la kan lagi pun kat luar nanti panasss..

depan tempat cek tiket



cantik taw view kat sini
 Lorong ni lorong pejalan kaki dan curam sikit. Kenalah jalan kaki nak ke tempat mandi2 tu. Tapi serius uols, memang cantik view dia.



Masa ni tengok ramai kaum ibu yang mandi-manda. ati ni da menggediks nak mandi jugak. tapi baju mandi tak bawak daa..




Najwa pun nak pakai gak..


Nak rileks dulu sambil layan mata nengok orang ramai mandi-manda. Masa kami datang ni orang tak ramai sangat la sebab baru seminngu lepas raya. So, tak crowded sgt..suka taw.






Jom layan najwa mandi. sempat lagi tukar baju...




Ala najwa ni tak sampai 10 minit da nangis. takut ombak..ermmm. perut pun da lapar so kami gi makan kat sini..                                   
                                          





huhh..harga makanan kat cni harus korek tabung dulu la.haha..sepinggan nasi ayam tu harga dalam rm 8 lebey. nak masuk ke Gambang resort ni tak leh bawak makanan dari luar taw! harus la pejam mata jer nak menjamu selera kat sini. tak kan tak nak makan. mandi-manda ni haru la mengundang lagu keroncong. kalo leh bawak makanan kan best..masak banyak2..makan ramai2..jimat!..kan?..kan?..

tapi hakikatnya tak boleh bawak makanan dari luar. tapi makanan baby dibenarkan kay..so,masa nak bayar cash tak diterima. just topup di kaunter dia bagi tag macam my hby pakai tuu..just scan n u can let go..haha
sebenarnya banyak lagi pic yang di snap tapi berzaman la tunggu nak upload dalam blog ni..tapi kat fb banyak saya upload kan.

kitaorang stay kat gambang sampai kul 3 lebey jer kot..tak ingat..malas tunggu lama-lama. bukan leh mandi pun. tapi sempat gak snap pic kat pintu masuk..

tu je la bagi episod kali ni.haha..berkurun lama nak publish n3 ni..so,bye..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers