BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 15, 2010

Musim ke?

Malam tadi adalah sejarah bagi najwa..suhu badan panas..teramat panas..demam + selsema + batuk..biasa kalo dia selsema dan batuk tak der la sampai demam-demam. maybe dia berjangkit dari mummy dia..aku da seminggu batuk dan selsema. cian plak kat najwa. malam tadi dia tak boley tido. asyik terjaga sebab tak selesa dengan hidung yang tersumbat. adakah ini musim nyer?ada musim erkk..

aku da standby air asam jawa untuk disapu kat kepalanya..sementara tunggu hari siang nak bawak dia gi klinik. so, tengah hari tadi bawak dia ke klinik kat bandar Chukai ni. asalnya nak singgah Poliklinik Leena Zeidi tapi tutup la plak..kat situ doktor baguss, soft spoken. terpaksa la pegi klinik lain yang dekat-dekat situ jugak.so klinik pilihan Klinik Nabilah..ok la tuu..

sebelum tu singgah makan dulu la..




 menu nasi ayam + nasi campur..nes ais 2 gelas..simple noh..
tengok si tecit tu..orang makan dia nak tido..erm..tak sihat maka tak lincah la dia..



 cian plak tengok dia..mujur bapak si baju biru tu dikategorikan bapak misali..cian anak..cian bapak..haha..
nak tunggu doktor rasa lama la plak. pewut ni da @#$%^& da..hehe..mintak papa tunggu la..nak gi toilet sat..lepas da tunai hajat tu tengok diaorang da tak der..owh, da masuk jumpa doktor la tuu..eh, suami dan bapak mithali kata kan..heh heh heh.

da jumpa dokter da
harap-harap anak mummy akan okey secepat yang mungkin..nak gi keje pong hati tak tenang..

Sunday, November 14, 2010

Oh Bungaku..

Pagi semalam nak siram bunga sebab da dua tiga ari tak bersiram. skang ni kan musim ujan jadi aku tak siram ari-ari la. cukup la dengan air ujan tu jer..kena tempias-tempias ujan tu pun da ok la tu..memandangkan semalam cuaca da ok jadi niat di ati nak siram ler tapi ku tengok bunga kesayangan da jadi ????.. alahai bungaku..

rasa skang da sampai kot masa nyer nak gugur..kalo ikut kata neng tu bunga ada musim..gugur dan akan berbunga semula. aku da beli baja tapi jenis air..sembur-sembur jer nanti..buruk bonar da aku tengok bunga tu..tambah-tambah lagi si daisy tu da jadi lembik-lembik da..bunga zubaidah plak sekejap layu sekejap segar..erm..nampak gaya ni dua-dua nak kiokk...selamat tinggal romeo..eh..eh..selamat tinggal bunga

 tengok la si zubaidah tu..aritu segar bugar..skang da melentok da..ishkk

si daisy ni plak da lembik sangat..tu kat tanganku tu..
tapi kan nak wat camner..da ajal dia..hikhik..tapi tak per, ado penawarnya...
..
..
..
taaaaddddddddaaaaaaaaa

ni dia baja yang aku guna..jenis air..sembur-sembur jer taw. lupa nak cakap, baja ni sesuwai jenis semua jenis bunga, sayuran, buahan dan macam-macam lagi..jimat..semua dalam satu..

Monday, November 8, 2010

Rambut Mahkota Wanita

Ramai yang setuju kot kalo aku katakan rambut mahkota wanita..kot la kan..tapi bagi aku walaupun bertudung rambut tetap dipeliha sebaik mungkin. tapi walau macam mana penjagaannya pun tetap ada masalah. naper ek? skang ni aku mengalami masalah keguguran yang melampau..keguguran rambut ler..! paling ketara selepas melahirkan najwa..orang kata itu normal..betul ka? tapi ntah la..

masalah yang kedua ialah kelemumur. walaupun tidak serius tapi kadang-kadang merimaskan. da macam-macam syampoo yang digunakan. tapi masih belum jumpa penawarnya..dari sunsilk tukar ke panteen. pastu tukar lagi ke Head n Shoulder. tukar pulak semula ke Sunsilk..ni bukan saja-saja tukar taw. sebab rasa apa yang dicari tak memuaskan hati la aku bertukar-tukar produk. membuat rawatan di salon rambut bukan menjadi kegilaanku. tapi bila nak potong rambut kesempatan untuk buat rawatan tu tak dilepaskan begitu saja..

syampoo terbaru yang aku gunakan K2 Professional. aku rembat kat salon masa gi potong rambut hari tu. setelah direkemen oleh staf situ rasa macam nak cuba. mana taw kot-kot sesuwaii..tapi da sebulan guna rasa hampeh gak..keguguran rambut tak der perubahan..kelemumur bertambah..uikk..mahal gak syampoo ni berbanding Sunsilk yang aku leh dapat 3 botol dengan kuantiti yang sama. penggunaannya selang sehari..tu pun bila masuk hari kedua da gatal-gatal da kulit kepala ni..rasanya guna Sunsilk lagi okey kot sebab 4 hari tak cuci dengan syampoo, kulit kepala mantain lagi..tak gatal pun..cuma rambut gugur la..


 so skang ni tengah usha2 apa produk yang sesuai..korang leh sajes tak?hehe..

Wednesday, November 3, 2010

Adakah itu tanda-tanda awal?

Lately ni kerap jer mengalami masalah pembuangan air besar..orang kata kena minum banyak air. 8 gelas sehari paling minimum. tapi aku tersangat la susah nak minum air masak. kalo lepas makan mesti minum air manis dan berais plak tu. kadang-kadang macam terlupa plak nak minum air masak. paling banyak pun tak lebih 3 gelas minum sehari..mayb ni la penyebab nyer aku mengalamai gangguan pembuangan air besar..

sebelum bersalinkan najwa aku tak der pun alami benda-benda macam ni walaupun aku memang payah bak togok air masak..tapi skang...?aku perasan semasa dalam pantang aritu. aduss teramat seksa la menanggung nyer..kalo ikut pembacaan ibu-ibu yang pantang akan mengalami masalah sembelit..
informasi:
Sembelit selepas kelahiran adalah suatu masalah yang sangat lazim di alami ibu-ibu. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan ibu yang dalam pantang ini “dinasihati” supaya kurangkan meminum air dan tidak dibenarkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan air yang banyak kononnya akan menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pula dikatakan menyebabkan angin dan sejuk.

Apa itu sembelit;
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.
 Eii..takut plak rasa nyer..adakah aku ke arah terkena buasir..TOLLOONGGG tak mau la..mintak jauh-jauh.

Penuh Kelembapan

Masih ingat pada entry lepas mengenai pelembap tambahan yang aku guna? janjiku aritu tunggu 2 minggu untuk lihat keberhasilannya kan? ni da lebey 2 minggu da ni. hahaha...ok, apa-apa pun kita tengok dulu apa benda ek?..

taadaaaaaa.........



ini la dia L'oreal WHITE PERFECT RADIANCE BOOSTING Double Essence. bau nyer wangi dan ala-ala soft gitew. selama aku menikmati kelembutannya dalam masa 2 minggu ni, hasil yang diperolehi amat memberansangkan la..mengikut pembacaan aku daripada blog-blog kecantikan yang lain hasil yang akan diperolehi seperti:
  • kulit wajah jadi lembab jew
  • lama-kelamaan wajah akan jadi pinky ala-ala kulit baby
  • tidak merengsakan
saper-saper yang berminat boley dapatkan di mana farmasi, Guardian/Watson..rege dia lebey kurang RM 50 jer..selamat mencuba..

oppsss..pic testimoni lupa nak snap plak..hehe..tapi hasil bagus maa..

SELAMAT MENCUBA kay.

Tuesday, November 2, 2010

Harapan Setinggi Gunung..

Harapan apakah itu? harapan..impian dan cita-cita. masih terlalu awal untuk berkongsi. biar masa yang menentukan segala-galanya. jika ia jadi kenyataan syukur pada Yang Esa..moga-moga dipermudahkan segala urusan...AMIN

Aktiviti Hari Minggu..

Cerita sabtu lepas..
Pagi-pagi kitaorang bertiga gi sarapan kat pasar..pegi pekena satay yang sangat sedap. ala bukan kat restoren tapi warung belakang pasar pagi Chukai jer. duk Kemaman ni bagi aku kat sini jer satay yang paling sedap..kalo korang cuba pasti nak cuba ari-ari..caya la pada gue ni..hehe

lepas makan-makan singgah kat kedai cat sebab nak beli cat la..takkan nak beli baju plak..haha, lawak buduh tol haku nih..niat asal nak beli cat Superjet/ Seamaster kaler Broken White sebab terbaca dalam satu blog ni akak tu guna cat jenama ni la bagi mengecat perabot/ bahan berunsur kayu..tapi kat kedai yang kusinggah tu tak der jual jenama Seamaster. dan tuan punyer kedai telah mempromote kan kepada kami cat lain..tak taw jenama sebab dia mix kan cat tu..kaler dia ala-ala krim sikit..aku da cakap kat dia aku nak kaler broken white tu..padahal aku sendiri pun tak taw kaler tu camno..leh gitu?hikhik

cat tak dor jenama
disebabkan nak beli dalam kuantiti yang sedikit sajor aku bedal gak la cat mix tu..harga untuk 1 lit rm 26. boley la daripada tak beli langsung..ni tengah ada mood nak mendeco ni..balik kang ada projek baru yang nak dibuat..tungguuu..

lepas tu gitau hby tringin plak nak beli bunga..macam-macam la idea dalam pala otak ni..konon-konon nak wat mini garden plak..erm, hby ku layan jer la..eleh, aku taw dia pun tringin gak..da lama da dia duk cakap nak tanam pokok tu la..pokok ni la..haha..adil kan?ni kiranya KERJASAMA..kuikui..so, singgah plak kat kedai jual bunga..macam-macam ada..bunga, jenis daun, pokok buluh, pasu..arrghh macam-macam la..psiko jap aku jadi nyer! kedai dia ala-ala taman gitu..tak puas duk round-round dalam tu..rasa macam tak nak balik.

so, sempat grab 2 jenis bunga, 1 pokok buluh..pasu dan hiasan yang sepatut nyer..kalo tak ingat Tuhan mau aku beli sumer yang ada kat situ..eleh, macam la duit tu banyak..haha..duit tak banyak la jadi gitu. kalo duit banyak mau merimbun aku borong..jom tengok kat bawah nii..

cuba teka berapa rege pasu besar tu?



aku ingatkan beli bunga dapat pasu sekali. rhuper-rhuper nyer pasu kena beli asing daa..terpaksa la amik 3 biji pasu..pic kat atas tu pasu yang da dipilih..pasu besar tu rege dia rm 25 jer..murah sihh..ingat cecah rm 50 ke atas..yang kecik 2 biji rm 12..owh murah nyer..makcik indon tu gtau kena beli tanah plak..hah..lagi? ingat tak der tambah apa-apa da..yo la takkan gondol gitu jer bunga dalam pasu tuu..hishh..ni la kelemahan aku nih..sebelum ni tak penah tanam munga..skali kena hambik kau!

jom operasi angkat bunga..





aku tukang snap pic jer..tukang tengok jugak..so, kena susun gaya gini kay dalam kete

seat depan

dalam bonet
cepat-cepat balik umah. tak sabar nak mendeko nih..hehe..umah dekat jer..5 minit sampai la. maknanya boleh datang lagi nih..jom Deko Bersama Najwa..







ada lagi yang nak kena ejas tu..batu-batu putih tak do lagi..kena la ada pagar gak kan..tapi tak per, pelan-pelan la kayuh..haha. kita fokus sket bunga per tu..eh, ada burung bangau dan mushroom sihh

pokok buluh..

bunga zubaidah

bunga daisy
pokok buluh papa najwa yang pilih. bunga tu mummy najwa yang nak..asalnyer nak orkid tapi orkid kena gantung baru sesuwai..tempat gantung tak dak lagi, so kensel la. beli la bunga len yang tak planning pong! asal nampak cantik di mata aku bedal jer..kalo bunga tu mati aku beli len plak..hahaha..

buat sikit-sikit jer dulu. umah orang kan, bukan umah sendiri (pujuk ati sebenarnyer)..huhu..siap bab bunga my hby mendeko lain plak..cat tadi nak mengecat benda ni haa..


cermin ukir..
masa proses mengecat cuaca mendung..gimana ni mau dijemur ya..

penunggu setia
lepas tu wat benda ni plak..ikut ati sumer perabot itam/coklat aku suh papa cat..hehe..tapi kena sindir plak..erm..bia la..pelan-pelan kayuh kay..


bila siap cat nampak krim sangat la plak..cam tak sesuwai nga wall rack yang beli ritu..ke kena carik cat lain plak..kurangkan krim kot baru jadi kaler broken white..?any idea?

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers