Semalam masa aku duk bizi2 kat ofis tiba2 aku dapat mesej dari bpp:15888 memberitahu bahawa loan perumahan aku da lulus..ekceli terkezut gak sebab aku tak bajet akan dapat mesej dari bpp..mana taw kot2 ah long ke ape ke..hak hak..alhamdulillah..penantian ada penghujung nyer..
aku apply loan akhir november 2010..jan 2011 da dapat taw keputusan dia..skang da cepat prosesnnya..kalo dulu senior aku gitau bpp ni amik masa 3 atau 4 bulan untuk beri feedback..fuhh..lega jap..tapi bajet nak masuk umah tu yang tak 'lega'..hee..so, ni la teratak kami...
 |
| pic bulan nov |
 |
| secoet jer tanah tepi |
kami amik end lot (ada tanah lebey bahagian tepi. tak taw berapa kaki-nanti apdet semula)..boley la laki aku berkebun. hehe.. rumah teres 2 tingkat kos sederhana..cukup la buat kami sekeluarga menumpang teduh..tak mahal dan tak murah..sedang2 sajer ya. nama taman ni ALAM PERDANA PASIR SEMUT, BINJAI KEMAMAN'..kat sini aku dimaklumkan akan didirikan sebanyak 5000 unit rumah (pelbagai jenis umah). disebabkan aku tinggal menyewa maka kami suami isteri diskas nak beli umah di kemaman ni..rugi asyik duk bayar sewa kat orang jerk..walaupun kami anak jati klate tapi buat masa sekarang di sini la tempat kami mencari rezki..untuk hartanah yang seterusnya niat nak beli di tempat kelahiran pulak..(masa menentukan)...
nilai hartanah di kemaman ni sangat tinggi..kos hidup tinggi disebabkan kemaman kaya dengan sumber minyak (carigali petronas)..ni kot puncanya nilai tanah melambung kat sini..kalo diperhatikan rege umah kat sini tak masuk akal walhal hanya jenis semi-d, teres dua tingkat..gerun tengok regenyer..korang bayangkan teres dua tingkat jenis luxury (4 bilik tidur-corner lot) cecah setengah juta compare dengan umah jenis yang sama di tempat kelahiran aku (pasir mas) hanya rm 250k saja..malah lagi besar dan cantik2 design nyer..fuhh..memang tak berbaloi..
berbalik kepada teratak kami ni ekceli ianya pilihan kedua..yang pertama tu umah jenis yang sama di taman yang sama cuma blok yang berlainan..pastu dari segi keluasan tanah tepi tu yang berbeza ialah umah sekarang ni jenis menyerong..umah yang mula2 nak beli tu tanah tepi jenis lurus..aku tak jadi amik yang mula2 tu sebab pemaju gitau ianya berkongsi lot dan bpp tak boley nak wat loan tu..hanya untuk loan bank saja..so, terpaksa la amik umah yang kedua..tak per la, janji kami puas ati..kebaikan teratak kami ni banyak:
- umah mengadap matahari naik..so, petang2 umah kami tak panas..
- umah mengadap padang permainan..betul2 strategik..mesti petang2 riuh rendah skit dengan budak2 lepak dan main2 kat situ..najwa leh tumpang sekaki..hikhik..
- padang permainan di tengah2..so, blog2 lain mengelilingi padang tuu..feel lain skit daripada ngadap semak samun..(macam umah sewa skang,kiri semak, depan semak..jauh dari jiran tetangga pulak)
kami target nak menetap kat kemaman ni dalam jangka masa 10 taun..insyaallah..segala2nya Allah yang tentukan..banyak perancangan kami kat sini..cuma simpan dalam hati..haha..