BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 17, 2010

Hanim Najwa (9M)

Tinggal beberapa hari lagi si najwa ni nak masuk 10 bulan..dalam tempoh ni macam2 gaya dan ragam yang ditonjolkan..keletah yang sangat aktif  dan menghiburkan. walaupun kadang2 mengundang rasa ketidaksabaran di hati mummy dia ni tapi bila tengok airmuka dia pasti hati aku kembali menjadi sejuk..ohh najwa, kehadiran mu melengkapkan hidup mummy ni..

kadang2 bergurau dengan papa dia..'anak baru sorang tapi da rasa tak terkejar' haha..camne ek kalo anak ramai..pasti berkejar2 aku dibuat nya! niat di hati nak tambah baby lagi, tapi bila memikirkan si najwa ni masih kecik hasrat tu berkubur je la..tak pe la rezki bila2 masa akan datang..kawan2 aku da 3, 4 orang anak..ermm...akan ku curahkan sepenuh kasih sayang padanya..akan ku didik nya menjadi insan yang berguna..menghormati orang tua dan ingat asal-usul..

bila kat rumah, keletahnya begitu menyerlah..balik kampung jer jadi manja! langsung tak nak berenggang..ni haa, cuba tengok aksi dia..

tengok la nih..merangkak tak berapa terer tapi da pandai nak panjat meja jepun tuu...siap berpegang sebelah tangan lagi..

ni plak nak mengemas ke?aduss..abis sepah umah taw!..quilt mummy baru beli tuu..takdak tempat khas lagi nak taruk..wat alas box jer dulu..hehe..

tak per la dik, kemas la apa yang patut..duk umah baru nanti takde peluang nak wat camni lagi taw...

nak marah tak leh..cian..tecik lagi nih..aku dulu camni gak kot..ahakss..

rata2 orang akan kata..'eh, anak cina..wah, macam jepuunn..anak korea sesat..'huh, macam2 gelaran taw..tapi yang pasti 'adik' anak mummy..mummy sayang adik..papa pun sayang adik..bila mummy nak marah,mummy tilik puas2 muka adik yang comey tuu..terus MARAH mummy akan hilang..

wahai ibu2 di luar sana, kita rasa nak marah bila anak2 nakal..nak cubit2 bila anak2 sepahkan barang..sebab kita insan biasa..reda kan lah kemarahan itu dengan menatap wajah kesayangan kita sepenuh hati. pasti kemarahan akan REDA..sabarlah, sesungguhnya Allah itu akan membalas setiap kesabaran kita..

0 SUDI TAK?: